awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump lancar Lembaga Keamanan, akan tangani krisis di luar Gaza
Kenaikan gaji penjawat awam pengiktirafan terhadap dedikasi demi pembangunan negara - PM Anwar
Lelaki menyamar anggota polis, ugut remaja perempuan ditahan

PDRM, polis Australia gagalkan cubaan seludup heroin, MDMA bernilai RM80.3 juta

Bernama
Bernama
22/01/2026
11:40 MYT
PDRM, polis Australia gagalkan cubaan seludup heroin, MDMA bernilai RM80.3 juta
JSJN dengan kerjasama AFP sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti sindiket atau organisasi antarabangsa yang terlibat dalam aktiviti haram tersebut. - Gambar/ Bernama
KLANG: Polis menumpaskan cubaan menyeludup dadah ke Australia, membabitkan methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) dan heroin bernilai RM80.3 juta, menerusi pemeriksaan terhadap dua kontena di Pelabuhan Barat, Klang pada 19 Jan lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata pemeriksaan terhadap kontena pertama telah menemukan 408 kotak mengandungi 6,528 botol minyak zaitun disyaki berisi cecair dadah jenis MDMA seberat 4,064 kilogram (kg).
Beliau berkata pemeriksaan lanjut terhadap kontena kedua pula menemukan 1,831 karton jus buah mengandungi 54,930 kotak minuman disyaki berisi cecair dadah jenis heroin seberat 9,887.4 kg.
"Operasi dijalankan dengan kerjasama Australian Federal Police (AFP) dan JSJN Bukit Aman di bawah Joint Taskforce Tiger, yang menerima maklumat berhubung dua kontena kapal dari Asia Barat yang transit di Pelabuhan Klang mengandungi bahan terlarang ini.
"Kontena-kontena ini telah dikesan transit di pelabuhan tersebut sejak 17 Jan dan maklumat awal mendedahkan kontena ini didaftarkan untuk membawa minyak zaitun dan air minuman berperisa buah-buahan," katanya pada sidang media JSJN Bukit Aman di Ibu Pejabat Daerah Klang Selatan di sini hari ini.
Hussein berkata siasatan awal turut mendapati Pelabuhan Klang hanya dijadikan transit oleh sindiket antarabangsa dipercayai dari Timur Tengah sebelum kontena terbabit masing-masing dihantar ke Melbourne dan Sydney, Australia.
Beliau berkata JSJN dengan kerjasama AFP dan juga agensi berkaitan sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti sindiket atau organisasi antarabangsa yang terlibat dalam aktiviti haram tersebut.
"Ini bukan kali pertama kita merampas kontena (berisi dadah) yang transit di Pelabuhan Klang. Sindiket-sentiasa mencari ruang untuk menggunakan Pelabuhan Klang sebagai transit.
"Polis tidak pernah berdiam diri dan sentiasa peka terhadap setiap aktiviti jenayah terutamanya melibatkan pengedaran dadah yang boleh mencemar nama baik negara. Jadi kita akan siasat lanjut sama ada ia melibatkan sindiket sama atau melibatkan beberapa sindiket yang berlainan," katanya.
Kes disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyeludupan dadah
#Malaysia
#Australia
#Polis Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.