awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS dalam proses lengkapkan prosedur pengambilan 200 bekas tentera
Phuket semak semula pengurusan sisa untuk pelancongan mampan
India puji keberanian Malaysia laksana reformasi buruh

Trump lancar Lembaga Keamanan, akan tangani krisis di luar Gaza

Bernama
Bernama
22/01/2026
13:14 MYT
Trump lancar Lembaga Keamanan, akan tangani krisis di luar Gaza
Donald Trump berkata, beliau komited untuk memastikan Gaza bebas daripada pasukan tentera, ditadbir dan dibangunkan sebaiknya. - Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump secara rasmi melancarkan Lembaga Keamanan pada Khamis dan menyatakan akan bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menangani bukan hanya krisis di Semenanjung Gaza malah di luar wilayah itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Kami komited untuk memastikan Gaza bebas daripada pasukan tentera, ditadbir dan dibangunkan sebaiknya.
"Ia rancangan yang hebat dan di situlah Lembaga Keamanan benar-benar bermula. Dan saya berpendapat kita boleh pergi ke isu lain selepas berjaya di Gaza," kata Trump yang juga pengerusi lembaga itu di luar Forum Ekonomi Dunia yang dihadiri puluhan pemimpin dunia.
"Ia akan menjadi perkara yang hebat untuk disaksikan. Dan kita boleh melakukan perkara lain. Kita boleh melakukan banyak perkara lain. Sebaik sahaja lembaga ini dibentuk sepenuhnya, kita boleh melakukan apa sahaja yang mahu dilakukan, dan kita akan melakukannya bersama-sama PBB," tambahnya.
Wakil dari pelbagai negara menandatangani dokumen asas organisasi itu. Butiran mengenai mandat lembaga itu serta piagamnya bagaimanapun belum tersedia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Gaza
#Lembaga Keamanan
#pasukan tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.