Polis akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand untuk mengekang gejala penyalahgunaan daun ketum khususnya di kalangan pelajar di negara ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamed Fuzi Harun berkata isu meminum air ketum seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani baru-baru di kalangan pelajar Kelantan adalah amat membimbangkan.
Katanya, pihaknya mengambil maklum dan sedang mengambil langkah proaktif untuk segera menangani gejala penyalahgunaan daun ketum di kalangan pelajar Kelantan.
“Ketua Polis Kelantan (sedang) bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand sebab daun ketum ini banyak dibawa dari sempadan Thailand.
“Setakat ini, usaha-usaha komprehensif kita telah menunjukkan keputusan positif buat masa ini,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian dalam Sidang Media selepas menghadiri Program Bebas Jenayah dan Dadah Masyarakat Kerian Sejahtera di Dataran Kerian Permai, di sini hari ini.
Mohamad Fuzi berkata usaha untuk membanteras dan mengawal gejala dadah di seluruh negara secara keseluruhannya juga merupakan usaha bersepadu dari agensi-agensi terlibat seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Sementara itu, Mohamad Fuzi berkata pihaknya yakin bahawa langkah pihak polis dalam menggembeling tenaga untuk menurunkan kadar jenayah menunjukkan perkembangan yang baik setiap tahun.
“Indeks tahunan kadar jenayah telah berkurangan berbanding tahun sebelumnya tetapi “fear of crime” iaitu persepsi masyarakat yang masih berasa takut dan tidak selamat masih ada.
“Jadi, kita mesti cari jalan untuk perkara ini dan kita sedang mengambil pelbagai langkah dengan menggunakan apa sahaja mekanisme dalam PDRM untuk (mendekatkan) kita bersama masyarakat, persepsi mereka kepada pencegahan jenayah," katanya.
Tegasnya, kaedah terbaik untuk menyelesaikanisu dan masalah dadah bukan terletak pada polis sahaja tetapi juga melalui dorongan padu masyarakat setempat.
Nazialita Geynna Maharan
Fri Apr 13 2018
Mohamed Fuzi berkata isu meminum air ketum seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani baru-baru di kalangan pelajar Kelantan adalah amat membimbangkan. - FotoBERNAMA
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Ahmad Zahid raikan pelajar dan komuniti Malaysia di Shenzhen
Ahmad Zahid menggesa rakyat Malaysia di China menjadi duta negara yang bertanggungjawab dalam mempamerkan imej baik Malaysia.
Penerbangan pertama tiba di Jeddah bawa 283 orang jemaah
Sebanyak 53 penerbangan ke Jeddah mula tiba Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada Jumaat dengan penerbangan pertama ialah KT46 yang membawa seramai 283 jemaah dan selamat tiba pada 9.01 pagi Jumaat (waktu Arab Saudi).
Tingkat kompetensi, latihan AI dalam kalangan guru dan murid
Kementerian Pendidikan beri tumpuan terhadap kompetensi dan latihan kepada guru-guru di negara ini bagi mendidik murid-murid khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Pemimpin lebih muda mampu ubah masa depan negara - Tun M
Menurut Mahathir, pemimpin sekarang tidak berpengalaman dalam mentadbir negara, tidak manfatkaan sumber negara sebaiknya, dan tidak mampu menyelesaikan masalah dengan baik.
HUAWEI tawar teknologi pengurusan bencana
Huawei menawarkan kepakaran kepakaran mereka dalam Sistem Pengurusan Bencana , Amaran Awal Bencana dan Sistem Pemantaun Banjir.
Polis buru lelaki kes samun bersenjata tular di FB
Polis sedang giat memburu seorang lelaki terlbabit dalam kejadian samun bersenjata di sebuah rumah di Jalan Coldstream Buntong, Kampung Baru Buntong di Ipoh, pada Rabu.
Empat anggota polis ditahan peras ugut peniaga air ketum
Empat anggota polis ditahan pada Jumaat lepas, kerana disyaki memeras ugut seorang peniaga air ketum di Taman Desa Gombak sejak November 2023.
Polis tahan 11 lelaki terlibat judi laga ayam
Polis menahan 11 lelaki berusia lingkungan 21 hingga 57 tahun dan merampas 13 ekor ayam yang digunakan dalam kegiatan judi sabung ayam di kawasan Tok Bali, Pasir Puteh, semalam.
Air ketum: 6 anggota polis IPD Jerantut ditahan disyaki minta rasuah
Enam anggota polis termasuk dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut direman sehingga 11 Mei ini, bagi membantu siasatan berhubung kes meminta rasuah berjumlah RM5,000.
Sarjan polis direman tujuh hari minta rasuah RM7,000
Seorang anggota polis berpangkat Sarjan direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta rasuah.
13 leka masak air ketum antara 58 individu ditahan di Kota Tinggi
Polis menahan 58 individu atas pelbagai kesalahan dadah termasuk 13 orang yang sedang leka memasak air ketum dalam satu operasi khas di sekitar kawasan Felda di Kota Tinggi.
Polis tahan enam lelaki proses, jual air ketum
Kesemua suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Polis tahan suri rumah jual air ketum
Polis menahan seorang suri rumah dipercayai menjadi pengedar air ketum menerusi satu serbuan yang dilakukan di sebuah kediaman di sekitar Jalan Tambun Tulang, Kampung Baru Arau semalam.
'Panas baran, badan susut nampak tulang' - Isteri derita suami ketagih air ketum
Suaminya memang mengamalkan minuman ketum sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
Lelaki ditahan bersama 676 bungkus air ketum
Pemeriksaan dalam kenderaan menemui masing-masing 13 bungkusan besar plastik warna hijau dan hitam mengandungi air ketum.
Tuang air ketum atas jalan
Dua lelaki yang berusia dalam lingkungan 20an hingga 40an itu didapati membawa air ketum dalam tiga botol.