awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM sahkan rekod keterangan Tun M berhubung isu hina institusi diraja

Astro Awani
Astro Awani
29/08/2023
13:33 MYT
PDRM sahkan rekod keterangan Tun M berhubung isu hina institusi diraja
PDRM mengesahkan telah menjalankan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu penghinaan institusi diraja menerusi kenyataan yang disiarkan dalam sebuah portal pada 6 Jun lalu. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menjalankan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu penghinaan institusi diraja menerusi kenyataan yang disiarkan dalam sebuah portal pada 6 Jun lalu.
Perkara itu maklumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam kenyataan media pada Selasa.
Ujarnya, keterangan itu diambil berhubung kenyataan yang berkecenderungan menghasut bagi mendatangkan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap institusi diraja.
Beliau berkata, keterangan Tun Dr Mahathir telah dirakam pada 29 Ogos 2023.
Turut diambil keterangan bagi membantu siasatan adalah Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Datuk Wira Marzuki Yahya.
Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Datuk Seri Mohd Shuhaily turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau berkongsi maklumat yang salah sehingga mengganggu proses siasatan.
Tambahnya, orang ramai disaran agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah serta mengelakkan dari mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan terutamanya melibatkan isu 3R iaitu Raja, Agama dan Bangsa.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#hina institusi diraja
#isu 3R
#Jabatan Siasatan Jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan