KUALA LUMPUR:Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 5,445 pemeriksaan semalam (22 Oktober 2020) bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sebanyak 3,171 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 13,630 anggota telah membuat pemantauan di 3,683 pasar raya, 5,011 restoran serta 1,520 penjaja, 1,260 kilang, 3,426 bank dan 621 pejabat kerajaan. Juga dipantau, sebanyak 895 terminal pengangkutan darat, 219 terminal pengangkutan air serta 56 terminal pengangkutan udara.

Berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-220 dan hari ke-136 PKPP, berikut merupakan lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu kenyataan akhbar, hari ini.

1. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Penjara Pokok Sena yang dijadual tamat pada Sabtu dilanjutkan lagi selama 14 hari lagi sehingga 7 November 2020.

2. Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah menahan 639 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP. Seramai 634 individu telah dikompaun manakala empat direman dan sorang dijamin.

3. Operasi Benteng telah berjaya melakukan tangkapan yang melibatkan 38 pendatang tanpa izin. Turut berjaya dirampas dua bot dan tiga kenderaan darat.

4. Seramai 8,196 individu sedang menjalani proses Kuarantin Wajib manakala 381 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan. Seramai 44,264 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang.

5. Sebanyak 29 operasi sanitasi meliputi enam zon Merah, 12 zon Kuning dan lapan zon Hijau yang melibatkan 11 buah negeri diadakan.