awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi
Bekas kapten Terengganu Zulharisam Awang meninggal dunia
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM tunggu laporan polis Thailand berhubung dakwaan culik Chong

Bernama
Bernama
18/04/2017
12:53 MYT
PDRM tunggu laporan polis Thailand berhubung dakwaan culik Chong
KHALID: Kita juga perlu semak fakta mengenai dakwaan Chong bahawa dia ke Hatyai untuk bertemu sumbernya berhubung kes kehilangan Pastor Raymond Koh Keng Joo. - Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menunggu laporan rasmi daripada polis Thailand berhubung dakwaan aktivis Peter Chong yang beliau telah diculik ketika berada di negara itu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sebarang tindakan lanjut akan diambil setelah menerima maklum balas daripada pihak berkuasa Thailand.
"Kita juga perlu semak fakta mengenai dakwaan Chong bahawa dia ke Hatyai untuk bertemu sumbernya berhubung kes kehilangan Pastor Raymond Koh Keng Joo....kita tidak terima sebarang andaian tanpa bukti," katanya.
BACA: Peter Chong selamat kembali ke tanah air
Semalam, Bernama melaporkan polis Hatyai tidak menerima sebarang laporan berhubung dakwaan Chong yang juga pembantu Anggota Parlimen Subang R. Sivarasa bahawa beliau diculik di bandar itu dan dibawa ke Pattaya baru-baru ini.
Ketua Polis Hatyai Kolonel Kittichai Sankatavorn berkata pihaknya akan membuat laporan terhadap Chong atas dakwaan mereka cerita palsu, sekiranya terbukti tiada laporan polis berhubung penculikan itu.
Chong dilaporkan hilang sejak 6 April lepas setelah kali terakhir dilihat di kediamannya di Bukit Ceylon di sini sebelum polis mengesannya memasuki Thailand melalui pintu sempadan di Bukit Kayu Hitam, Kedah keesokannya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#hilang
#Khalid Abu Bakar
#PDRM
#Peter Chong
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan