MALAYSIA
PDRM umum pertukaran 17 pegawai kanan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 17 pegawai kanan berkuat kuasa 7 Julai.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 17 pegawai kanan berkuat kuasa 7 Julai.
Ringkasan AI
- Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran 17 pegawai kanan berkuat kuasa 7 Julai, termasuk beberapa pelantikan ke jawatan penting di Bukit Aman dan peringkat negeri.
- Antara yang terlibat ialah Datuk Yusni Mohd Jamil yang kekal sebagai Ketua Penolong Pengarah E5 Cawangan Khas, dan SAC Mohammad Azlin Sadari yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Perak.
- Pertukaran ini melibatkan pelbagai jabatan termasuk Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, serta Jabatan Logistik dan Teknologi, sebagai sebahagian daripada penyusunan semula kepimpinan PDRM.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu turut terlibat dalam pertukaran kali ini dengan dilantik sebagai Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Perak dengan memangku pangkat SAC.
"Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi Pulau Pinang ACP Nasri Jamaluddin pula akan memulakan tugas sebagai Penolong Pengarah E6B Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.
"Penolong Pengarah (Risikan/ Operasi) Bahagian Pematuhan Standard Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman ACP Zulkiflee Rashid pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Tadbir Urus/ Kepolisan Am) Bahagian Integriti Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Selain itu Ketua Polis Daerah Jasin Supt Mohamad Rusli Mat dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuantan dengan memangku pangkat ACP.
Kamaruzaman berkata Penolong Pengarah E5B Cawangan Khas Bukit Aman Supt Noor Azman Amardin dilantik sebagai Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi Pulau Pinang dengan memangku pangkat ACP.
Turut terlibat Pegawai Turus E1 Cawangan Khas Sabah Supt Mohd Azizul Rosun Khan yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Cawangan Khas Pengurusan dan Koordinasi Sabah dengan memangku pangkat ACP.
"Ketua Unit Saraan/Gaji Cawangan Perkhidmatan Bahagian Perkhidmatan/PerjawatanJabatan Pengurusan Bukit Aman Supt Wan Zulfadli Wan Mustafa pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Kewangan) Bahagian Kewangan/ Perolehan/ Kepolisan Am Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami