awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mawar Taif Arab Saudi, pati berharga untuk industri minyak wangi
Musk dakwa bantahan terhadap deepfake Grok hanya alasan untuk penapisan
Kerajaan komited terjemah pertumbuhan ekonomi kepada pekerjaan dan masa depan rakyat - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM umum pertukaran enam pegawai kanan

Bernama
Bernama
10/01/2026
08:45 MYT
PDRM umum pertukaran enam pegawai kanan
Pertukaran itu, antaranya melibatkan jawatan di JSJN serta JKDNKA Bukit Aman. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran enam pegawai kanan berkuat kuasa 9 Feb 2026, melibatkan pertukaran jawatan secara timbal balik di beberapa jabatan strategik Bukit Aman serta Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.
Setiausaha Polis Malaysia DCP Abdul Rahman Kassim berkata pertukaran itu, antaranya melibatkan jawatan di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman.
Beliau berkata Datuk Mohd Zaki Ashar yang sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) JSJN, dilantik sebagai Komander Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar/Perisikan dan Siasatan Khas Bahagian Pasukan Gerakan Am (PGA), JKDNKA.
Jawatan Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) JSJN pula akan disandang oleh SAC Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi yang sebelum ini memegang jawatan Komander Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar/Perisikan dan Siasatan Khas Bahagian PGA, JKDNKA.
"Pertukaran turut melibatkan jawatan Ketua Polis Daerah Sentul apabila ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari yang sebelum ini menyandang jawatan itu dilantik sebagai ACP Urus Setia Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman," katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Rahman berkata ACP Basri Sagoni yang sebelum ini ACP Urus Setia JPJKK Bukit Aman pula dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sentul.
Selain itu, ACP Rahiman Abdullah @ Yacob yang sebelum ini menggalas tanggungjawab sebagai Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pemalsuan/Pelencungan/Hartanah) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) dilantik sebagai Penolong Pengarah (Urus Tadbir) Bahagian Dasar Sumber Manusia Jabatan Pengurusan Bukit Aman.
"ACP J.S. Gurbinder Singh Mann yang sebelum ini Penolong Pengarah (Urus Tadbir) Bahagian Dasar Sumber Manusia Jabatan Pengurusan Bukit Aman pula dilantik sebagai Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pemalsuan/Pelencungan/Hartanah) JSJK Bukit Aman," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#pertukaran pegawai kanan
#Bukit Aman
#IPD Sentul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan