KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran jawatan 10 pegawai kanan termasuk Penolong Pengarah E6, Cawangan Khas, Bukit Aman SAC Tan Beng Yeow berkuat kuasa 24 Julai depan.
Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata jawatan baharu Tan ialah Ketua Penolong Pengarah E3, Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.
Pertukaran lain membabitkan Ketua Cawangan Khas Perak Datuk Shazeli Kahar yang akan dilantik menjadi Penolong Pengarah E1A, Cawangan Khas, Bukit Aman, juga memangku pangkat DCP.
Beliau berkata Penolong Pengarah E1C Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Dr Lim Joo Soon pula akan menggantikan posisi Tan, manakala jawatan Lim diganti Penolong Pengarah E1A Cawangan Khas, Bukit Aman SAC Norhasni Hassan.
"Ketua Penolong Pengarah Pasukan Khas Siasatan Bersepadu Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman SAC Md Nazri Zawawi, akan menjadi Timbalan Ketua Polis Melaka. Posisi beliau akan digantikan Komandan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching, Sarawak SAC Razali Mohamad," katanya dalam kenyataan malam ini.
Sementara itu, Noorsiah berkata Komander Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Kuching, Sarawak ACP Zulfikar Mohd Ghazali akan dilantik menjadi Komandan PULAPOL, Kuching, Sarawak dengan memangku pangkat SAC.
Beliau barkata ACP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Selangor ACP Alina Saad pula akan menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Komuniti Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, juga memangku pangkat SAC.
Selain itu, Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi Perak ACP Hishammudin Mohd Amin akan memangku pangkat SAC dengan menggantikan posisi Shazeli sebagai Ketua Cawangan Khas Perak yang baharu.
Beliau berkata Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Selangor Supt Rudy Abdullah akan menjadi Timbalan Ketua Staf Operasi Darat Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Kementerian Dalam Negeri yang baharu, dengan memangku pangkat ACP.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 23 2023
Noorsiah berkata jawatan baharu Tan ialah Ketua Penolong Pengarah E3, Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP. - Gambar fail/Bernama
Jumaat pertama 2025 Johor cuti atau bekerja ditetapkan minggu depan - Exco
Keputusan sama ada Jumaat pertama 2025 diisytihar cuti atau hari bekerja akan ditetapkan minggu hadapan, susulan perubahan cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan.
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Palsu kad UNHCR: Lelaki warga Myanmar dipenjara lima tahun, denda RM30,000
Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana memalsukan kad UNHCR September lepas.
PDRM umum pertukaran 21 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 21 pegawai kanannya berkuat kuasa 16 Dis ini.
JSPT serius tangani kemalangan libatkan kenderaan perdagangan
168 kes kemalangan termasuk 97 maut, 32 parah dan 39 ringan bagi kenderaan perdagangan, manakala 16 kes melibatkan kenderaan perkhidmatan direkodkan sepanjang Januari hingga September tahun ini.
Polis siasat tindakan khatib sebuah masjid kupas isu beri kewarganegaraan kepada rakyat China
Perkara itu yang dilihat sebagai penyalahgunaan pentas khutbah dan mencemarkan institusi masjid akan disiasat oleh Pasukan Khas 3R Bukit Aman.
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu ‘keras’, ini jawab Shuhaily…
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu keras, ini jawab Shuhaily
Hina Agong: Iswardy Morni diperintah bela diri
Mahkamah Sesyen memerintahkan seorang aktivis membela diri atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial Facebook miliknya yang berbaur hasutan dan menghina Agong.
Kos sijil halal tidak tinggi, serendah RM100 setahun bagi perniagaan kecil - HDC
Ketua Perundingan Halal, HDC Berhad, Dhaliff G. Anuar berkata yuran untuk mendapatkan sijil halal adalah serendah RM100 sahaja bagi perniagaan kecil.
Isu sijil halal: Teresa Kok selesai beri keterangan di Bukit Aman
Teresa tinggalkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas keterangannya direkodkan lebih sejam 30 minit.
Isu sijil halal: Teresa Kok tiba di Bukit Aman untuk beri keterangan
Teresa ditemani peguam Syahredzan Johan tiba kira-kira pukul 9.42 pagi.