awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pecah amanah RM30.4 juta: Polis buru 21 bekas peguam dikehendaki

Fareez Azman
Fareez Azman
03/10/2019
09:22 MYT
Pecah amanah RM30.4 juta: Polis buru 21 bekas peguam dikehendaki
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad menunjukkan gambar 21 bekas peguam yang dikehendaki di Ibu negara pada Khamis. Foto: Bernama
Polis sedang memburu 21 bekas peguam yang dikehendaki terlibat dalam 39 kes penipuan dan pecah amanah sejak 2012.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad, lima daripada suspek telah melarikan diri ke luar negara manakala selebihnya masih berada dalam negara.
"Pecah amanah, ada kes melibatkan dia ini (bekas peguam) diamanahkan untuk pegang client account (wang pelanggan) tetapi mereka telah menyalahgunakan untuk kegunaan sendiri.
"Ada juga sebahagiannya yang menerima pembayaran daripada client account yang harus dibayar kepada orang berkenaan tetapi mereka bayar separuh.
"Separuh lagi mereka gunakan untuk kepentingan sendiri, ada juga yang terlibat dalam penipuan dalam kes tidak wujud mereka menjadi peguam mewakili orang tertentu tetapi mereka tidak buat benda itu sungguhpun mereka menerima pembayaran daripada pelanggan masing-masing," jelas Mohd Zakaria.
Ujarnya, Majlis Peguam telah mengeluarkan kesemua nama mereka daripada senarai pengamal undang-undang kerana didapati terlibat dalam kes penipuan dan pecah amanah berjumlah RM30.4 juta.
Tambahnya, polis telah membuka 15 kertas siasatan dan mendapat arahan untuk mendakwa lapan daripada mereka. Bagaimanapun kesemua suspek gagal tampil apabila diminta.
Manakala 13 lagi diburu bagi membantu siasatan sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.
Mengulas lanjut berkenaan tindakan kesemua suspek, jelas Mohd Zakaria semakan mendapati sebilangan besar suspek mempunyai firma guaman sendiri.
Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta tampil bagi membantu siasatan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu negara pada Khamis.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Bekas peguam
#Bukit Aman
#Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
#Media
#PDRM
#suspek
#Undang Undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan