awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pecah cermin kenderaan di lebuh raya, warga Singapura didenda RM5,500

Bernama
Bernama
14/02/2024
05:33 MYT
Pecah cermin kenderaan di lebuh raya, warga Singapura didenda RM5,500
Tertuduh (tengah) mengaku salah atas pertuduhan melakukan khianat dengan memecahkan cermin belakang sebuah kenderaan di Kilometer 139.6 Lebuh Raya Utara Selatan. -Foto Sinar Harian
MUAR: Seorang warga Singapura didenda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memecahkan cermin kenderaan seorang pengguna jalan raya di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara Selatan, Pagoh pada Sabtu lepas.
Majistret Fatin Dalilah Khalid menjatuhkan hukuman itu terhadap Soh Kian Hui, 45, dan mengarahkannya dipenjara 12 bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Soh didakwa melakukan khianat dengan memecahkan cermin belakang kereta jenis Toyota Fortuner milik Khairul Husni Shah Jamil, 31, yang mengakibatkan kerugian berjumlah RM2,502.35.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 1.58 tengah hari, 10 Feb lepas mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, Soh yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Norain Sakina Zikri memohon hukuman ringan memandangkan dia bekerja sebagai pemandu teksi dengan pendapatan sekitar SGD$3,000 dan menjaga ibunya berusia 71 tahun yang baharu menjalani pembedahan kanser.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Ariff Marzuki memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam selepas kejadian itu tular di media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pecah cermin kereta
#Lebuhraya Utara Selatan
#warga singapura
#Soh Kian Hui
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan