MALAYSIA
Pedofilia ialah penyakit mental - Pemangsa, masyarakat perlu dipulihkan - Penganalisis

Haezreena berkata berdasarkan trend semasa, bukan sahaja pemangsa dan masyarakat perlu dipulihkan daripada seksualisasi kanak-kanak. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pedofilia ialah satu penyakit mental yang perlu dipulihkan melalui rawatan berstruktur.
Ringkasan AI
- Pakar undang-undang menegaskan bahawa pedofilia bukan tingkah laku normal dan perlu dirawat secara klinikal.
- Menyalahkan kanak-kanak atas penampilan atau tindakan mereka adalah tidak beretika dan menyalahi prinsip hak asasi manusia. Kanak-kanak mempunyai kerentanan yang perlu dilindungi, bukan dipersalahkan.
- Pandemik COVID-19 menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada kandungan tidak sesuai dalam talian, dan ini menjadi faktor kepada peningkatan isu seksualisasi kanak-kanak. Langkah pemulihan moral masyarakat perlu diutamakan.
"Mereka dalam kategori individu sakit mental yang memerlukan rawatan, merujuk kepada Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental (DSM) Edisi ke-4 (DSM-IV) dan Edisi ke-5 (DSM-5).
“Ini bukan suatu yang normal bagi seorang yang lebih dewasa suka kepada kanak-kanak yang masih bersekolah rendah. Kadang-kadang kanak-kanak itu bersolek sedikit, disalahkan kanak-kanak tersebut.
“Trend seksualisasi kanak-kanak ini sangat membimbangkan. Saya fikir bukan sahaja individu sahaja yang perlukan pemulihan, bahkan masyarakat juga perlu dipulihkan secara kelompok,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Pedofilia ialah penyakit mental. Pemangsa, masyarakat perlu dipulihkan - Penganalisis
Dalam temu bual sama, Profesor Undang-Undang Keluarga, Wanita & Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Noor Aziah Mohd Awal pula menegaskan, tindakan menyalahkan kanak-kanak terhadap sebarang salah laku berkaitan seksual adalah tidak wajar."Saya bimbang mengenai kumpulan yang menyalahkan kanak-kanak. Kanak-kanak mesti ada kerentanannya (sisi lemah yang boleh dimangsakan). Kalau itu anak kita, tidak mungkin kita salahkan dia,” katanya.
Tambah Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) itu lagi, pandemik COVID-19 telah memaksa pendedahan pramatang kepada kanak-kanak terhadap gajet dan akses internet menjadi faktor penyumbang kepada gejala moral semasa.
“Ketika itu, saya buat sesi konsultasi dengan kanak-kanak. Mereka akui bahawa ketika sesi pembelajaran mereka layari laman sesawang yang tidak sepatutnya. Dia (kanak-kanak itu) tahu ada kawan-kawan yang layari laman sesawang gelap tertentu,” ujarnya.
Namun beliau secara tegas menyatakan langkah ke depan perlu ditumpukan kepada usaha untuk memulihkan gejala moral berkenaan, bukannya menuding jari kepada kanak-kanak terbabit.
Untuk konteks, pada 15 Jun lalu, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kumpulan Facebook (FB) dikenali sebagai 'Grup Budak-Budak Sekolah Rendah' yang didakwa menyebarkan gambar remaja perempuan tidak senonoh telah ditutup.
Menurutnya, Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menghubungi Meta bagi penutupan akaun Facebook berkenaan.
Akaun kumpulan FB tersebut difahamkan mula dicipta sejak 15 Mei 2014, antara lain menyebarkan gambar kanak-kanak perempuan dengan kapsyen berunsur seksual.
Agenda AWANI: Pedofilia: Lindungi kanak-kanak elak jadi mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami