awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai dan pengarah syarikat tak mengaku salah guna RM2.6 juta

Astro Awani
Astro Awani
26/03/2025
13:41 MYT
Pegawai dan pengarah syarikat tak mengaku salah guna RM2.6 juta
Pegawai dan pengarah syarikat minyak kelapa sawit dihadapakan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pada Selasa.
SHAH ALAM: Pegawai dan pengarah syarikat minyak kelapa sawit mengaku tidak bersalah menyalahgunakan wang berjumlah RM2.6 juta untuk membuat pembayaran ke atas pembekalan minyak yang tidak wujud.
Tertuduh, Tan Chin Yang, 56, sebagai Ketua Pegawai Operasi Syarikat Sawit Raya Sdn Bhd mengaku tidak bersalah selepas tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.
Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, Chin Yang didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan wang berjumlah RM2,681,001.96 milik syarikat Sawit Raya Sdn Bhd dengan membuat pembayaran ke atas pembekalan minyak yang tidak wujud kepada syarikat Able Perfect Sdn Bhd melalui dokumen iaitu Commercial Invoice atas nama Able Perfect.
Tertuduh melakukan dua kesalahan pertama pada 1 Jun 2022 dengan kesalahan berikutnya dilakukan pada 3 Jun 2022 di United Overseas Bank (Malaysia) Bhd, cawangan Klang, Selangor dan didakwa di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan.
Tertuduh kedua pula, Ng Keng Hoe, 51, sebagai Pengarah Able Perfect Sdn Bhd juga mengaku tidak bersalah selepas tiga pertuduhan dibacakan ke atasnya.
Keng Hoe didakwa bersubahat dengan Tan Chin Yang untuk secara tidak jujur menyalahgunakan wang berjumlah RM2,681,001.96 milik syarikat Sawit Raya Sdn Bhd dengan membuat pembayaran ke atas pembekalan minyak RBD yang tidak wujud.
Tertuduh melakukan kesalahan pada tarikh dan tempat yang sama seperti Tan, dia didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 403 Kanun yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pada Selasa.
Mahkamah membenarkan membenarkan jaminan sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua tertuduh.
Selain itu, kedua-dua tertuduh perlu melaporkan diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan.
Topic Berkaitan
#salah guna wang syarikat
#mengaku tak bersalah
#pembekalan minyak tidak wujud
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan