awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai farmasi rugi RM120,000 ditipu pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
09/11/2024
05:00 MYT
Pegawai farmasi rugi RM120,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Azli berkata pada 3 Mei lalu mangsa yang berumur 28 tahun dan bekerja sebagai pegawai farmasi telah berbincang mengenai pelaburan bersama dua wanita di Kuala Terengganu. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki kerugian sebanyak RM120,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud yang ditawarkan dua wanita.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada 3 Mei lalu mangsa yang berumur 28 tahun dan bekerja sebagai pegawai farmasi telah berbincang mengenai pelaburan bersama dua wanita di Kuala Terengganu.
Beliau berkata setelah berbincang mangsa yang berasal dari Raub, Pahang telah menyerahkan wang secara berperingkat sebanyak RM138,000 kepada yang juga ejen pelaburan berkenaan.
"Mangsa telah membuat pembayaran modal secara serahan tangan kepada suspek yang dikenali dan dijanjikan keuntungan sebanyak RM286,000.
"Untuk mengaburi penipuan, mangsa telah dibayar keuntungan sebanyak RM18,000 dalam tempoh tiga bulan iaitu Jun, Julai dan Ogos lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata selepas tempoh itu, mangsa yang membuat pelaburan menggunakan wang pinjaman peribadi tidak lagi menerima sebarang bayaran seperti dijanjikan.
Mangsa yang berasa tertipu telah membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes penipuan
#golongan profesional
#wanita
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan