awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan elektrik akan dipulihkan di barat daya Berlin lima hari selepas serangan
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai JPJ maut ditikam tidak sempat timang anak sulung

Bernama
Bernama
16/10/2016
23:13 MYT
Pegawai JPJ maut ditikam tidak sempat timang anak sulung
Mohd Shukri dilapor ditikam sebanyak enam kali di tempat letak kereta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu (Maidam) pagi Ahad. -Gambar fail
Hasrat seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Mohd Shukri Hussin, 34, untuk menimang cahaya mata sulungnya tidak kesampaian apabila beliau maut ditikam bakal adik iparnya di Kuala Terengganu hari ini.
Isterinya Noriah Lah, 34, kini sarat mengandung dan dijangka bersalin bulan depan.
Ketika ditemui pemberita di rumah mentuanya di Kampung Kok Keli 2 di sini, Noriah berkata arwah suaminya adalah seorang yang baik hati dan amat sukakan kanak-kanak kerana belum mempunyai anak sendiri biarpun sudah empat tahun berkahwin.
Beliau berkata beliau hanya mengetahui kejadian yang menimpa suaminya selepas seorang rakan menunjukkan gambar seorang lelaki dalam keadaan berdarah selepas dikatakan terbabit dalam pergaduhan.
"Saya yang melihat gambar tersebut melalui WhatsApp mendapati mangsa berdarah dan dipercayai sudah meninggal dunia itu rupa-rupanya adalah suami saya sendiri," katanya.
Suaminya dilapor ditikam sebanyak enam kali di tempat letak kereta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu (Maidam) pagi Ahad.
"Walaupun sedih atas apa yang berlaku, namun saya reda kerana menganggap ia adalah ketentuan Ilahi," kata Noriah.
Polis sedang memburu suspek kes itu yang berusia 29 tahun dan berasal dari Manir.
Kejadian bermula apabila mangsa dikatakan datang bersama keluarganya ke pejabat Maidam bagi menyemak status suspek yang mendakwa dia masih bujang untuk berkahwin dengan adik mangsa.
Setelah status sebenar suspek diketahui, berlaku pergaduhan antara suspek dengan Mohd Shukri hingga membawa kepada pembunuhan mangsa.
"Setahu saya, bakal suami adik ipar saya itu dikatakan sudah berkahwin dan mempunyai anak, tetapi adik ipar saya tidak mengetahui perkara ini," katanya.
Jenazah Mohd Shukri dijangka tiba di kampungnya malam ini untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kok Keli. -- BERNAMA
BACA: Elak rahsia 'kahwin' dua terbongkar, lelaki ditikam bakal 'adik ipar'
BACA: Polis minta jangan lindung suspek bunuh bakal abang ipar
Topic Berkaitan
#bunuh
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#JPJ
#Kuala Terengganu
#Mohd Shukri Hussin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan