awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AGC tarik balik semakan kehakiman Akta Perhimpunan Aman
Letupan di Universiti HELP: Raja Puan Muda Kedah lawat mangsa di HKL
Pemilihan UMNO mungkin selepas PRU16, MKT bincang Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai kanan Imigresen berpangkat Datuk antara 5 ditahan SPRM

Astro Awani
Astro Awani
26/11/2018
07:29 MYT
Pegawai kanan Imigresen berpangkat Datuk antara 5 ditahan SPRM
Suspek diiringi pegawai SPRM di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini. - Foto SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman lima individu iaitu seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia berpangkat Datuk, tiga pegawai Imigresen dan seorang ahli perniagaan bagi membantu siasatan kes rasuah di Johor Bahru hari ini.
Majistret Mahkamah Johor Bahru, Azureen Sahirah Saufee Afandi membenarkan kesemua suspek direman selama empat hari sehingga 29 Nov.
Semalam, SPRM telah menahan pegawai kanan lelaki berusia 44 tahun itu di Pejabat Jabatan Imigresen Negeri Johor pada pukul 10 pagi manakala tiga lagi pegawai Imigresen berusia 38 hingga 46 tahun, termasuk seorang wanita, ditahan antara pukul 3.25 petang dan 3.45 petang di Pejabat SPRM Johor selepas mereka hadir memberi keterangan.
Ahli perniagaan yang berusia 50 tahun itu pula ditahan di pejabat syarikatnya di Johor Bahru pada pukul 10.25 pagi.
Menurut sumber, pegawai kanan yang bergelar Datuk tersebut disyaki menerima rsauah bagi meluluskan permohonan pas lawatan ikhtisas dan pas lawatan kerja sementara tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Imigresen.
Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Seri Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
SPRM turut melakukan penggeledahan di rumah pegawai kanan tersebut dan menjumpai wang tunai dalam pelbagai mata wang yang dianggarkan bernilai RM91,000.
Turut ditemui ialah buku akaun bank di Singapura atas nama suspek yang menunjukkan terdapat RM1.8 juta di dalam akaun berkenaan.
Katanya, penahanan ini adalah maklumat dan kerjasama antara SPRM dan Imigresen.
Topic Berkaitan
#Imigresen
#Rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan