awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran pusat beli-belah Pakistan: Angka kematian meningkat 14, puluhan masih hilang
Bomba guna helikopter hantar makanan ke pos Orang Asli terputus hubungan di Gua Musang
'Luluh hati, suami dan dua anak tinggalkan saya selamanya'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai kanan imigresen didakwa terima rasuah RM140,000 lepas kemasukan 56 warga Bangladesh

Bernama
Bernama
19/01/2026
06:15 MYT
Pegawai kanan imigresen didakwa terima rasuah RM140,000 lepas kemasukan 56 warga Bangladesh
Mastura Aziz ketika di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini. - Gambar/ Bernama
SHAH ALAM: Seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas empat pertuduhan menerima suapan berjumlah RM140,000 antara 3 hingga 15 Mei 2025.

Ringkasan AI
  • Pegawai kanan Jabatan Imigresen didakwa menerima suapan RM140,000 antara 3 hingga 15 Mei 2025.
  • Suapan tersebut didakwa berkaitan dengan pelepasan kemasukan 56 warga Bangladesh tanpa prosedur yang betul.
  • Peguam pegawai tersebut memohon jaminan dikurangkan kepada RM10,000, tetapi mahkamah menetapkan jaminan RM20,000 dengan syarat tambahan.

Mastura Aziz, 48, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.
Wanita itu didakwa menerima suapan wang masing-masing RM12,500, RM47,500, RM52,500 dan RM27,500 daripada seorang lelaki warga asing di empat lokasi dan tarikh berasingan pada Mei 2025.
Wang itu didakwa sebagai upah tertuduh yang ketika itu selaku Timbalan Penolong Pengarah Imigresen di Pejabat Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal Satu, melepaskan kemasukan 56 warga Bangladesh ke Malaysia tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan JIM.
Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah pusat beli belah di Sepang; Pusat Penjaja Kota Warisan Bandar di Bandar Baru Salak Tinggi dan sebuah stesen minyak di Persiaran Warisan Maju masing-masing pada 3, 7, 11 dan 15 Mei 2025.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.
Kesalahan itu membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Irna Julieza Maaras menawarkan jaminan RM50,000, selain wanita itu perlu dikenakan syarat tambahan.
Bagaimanapun peguam Datuk Geethan Ram Vincent memohon supaya jaminan dikurangkan kepada RM10,000 dengan mengambil kira anak guamnya tidak pernah gagal untuk hadir, setiap kali dipanggil memberi keterangan dan sedia memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan mahkamah.
Mohd Nasir kemudiannya menetapkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan wanita itu perlu melapor diri ke pejabat SPRM terdekat sebulan sekali serta menetapkan 25 Feb untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mastura Aziz
#pegawai kanan imigresen rasuah
#kes rasuah
#KLIA
#warga Bangladesh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan