GEORGE TOWN: Seorang Penolong Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang direman selama empat hari di Mahkamah Majistret George Town , hari ini selepas dipercayai meminta rasuah bernilai RM3,000.
Perintah tahanan reman bermula hari ini sehingga 17 Mei itu dikeluarkan Majistret Tunku Intan Nadiah Tunku Mohammed Nazarin selepas Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), G. Jayaraj membuat permohonan di Mahkamah hari ini.
Suspek berusia 48 tahun itu tiba di mahkamah pada 10.30 pagi berpakaian baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sumber SPRM berkata, suspek yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Timur Laut di George Town ditahan petang Jumaat di Bayan Baru ketika menerima wang berkenaan daripada pengadu.
Wang sebanyak RM3,000 itu dipercayai sebagai balasan untuk menyelesaikan satu kes yang berlaku pada 2021 serta tidak diambil tindakan ke atas pengadu atas kesalahan memiliki gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi melebihi had kuantiti dibenarkan.
Suspek dipercayai melakukan kesalahan itu sejak tahun lalu dan pengadu berkenaan membuat laporan kepada SPRM awal bulan ini.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan suspek ditidak diwakili peguam.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat May 14 2022

Suspek berusia 48 tahun itu tiba di mahkamah pada 10.30 pagi berpakaian baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - Foto Astro AWANI

Filipina: Pengembara ambil dos penggalak tidak perlu jalani saringan COVID-19
Pelancong yang mengambil dos penggalak vaksin COVID-19 tidak perlu lagi menjalani ujian saringan jika ingin memasuki Filipina, bermula 30 Mei.

GEMPAKxAWANI | Konsert saya, anda tak menyesal - Aina Abdul
Aina mengakui tertekan dengan konsertnya yang akan datang namun dia menyatakan tekanan ini satu tekanan yang biasa bagi seorang anak seni.

5G For All | YES lancar pelan 5G pertama di Malaysia
YTL Communications Sdn Bhd melalui perkhidmatan telekomunikasi YES, melancarkan pelan hebat ‘YES 5G For All' yang menawarkan kelajuan internet sehingga lebih 665mbps dengan harga bermula serendah 58 ringgit sebulan tanpa had. Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communication, Wing K. Lee berkata, pelan itu menjadi pelan termurah dan terpantas di pasaran sekali gus sebagai langkah pertama memacu pembangunan 5G di Malaysia.

Majlis Keselamatan | China, Rusia veto resolusi sekatan Korea Utara
China dan Rusia menggunakan kuasa veto untuk menolak resolusi Amerika Syarikat bagi mengenakan sekatan ke atas Korea Utara. Undian akhir, 13-2 dalam kalangan 15 anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan perpecahan mendalam antara negara anggota majlis itu terhadap Pyongyang.

Fail Polis Xinjiang | Ribuan bukti, gambar tahanan Uyghur didedahkan
Fail tersebut yang dinamakan “Xinjiang Police File” diperoleh selepas penggodam berjaya memasuki pangkalan data polis di Xinjiang dan kemudian menyerahkan semua bukti tersebut kepada penyelidik dan aktivis dari Amerika Syarikat, Dr Adrian Zenz.

Politik | Parti Muhyiddin semakin lemah – Ahmad
Keputusan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraidah Kamaruddin yang keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), menunjukkan parti di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu semakin lemah. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tindakan bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu tidak akan berlaku sekiranya Akta Antilompat Parti segera dikuatkuasakan.

Malaysia dipilih sebagai anggota Majlis Pentadbiran Institut Statistik bagi Asia dan Pasifik - Jabatan Perangkaan
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin akan mewakili Malaysia sebagai anggota majlis.

HFMD | Jangan hantar anak jika dijangkiti
Ibu bapa disaran supaya tidak menghantar anak mereka yang dijangkiti penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) ke taman asuhan kanak-kanak (Taska) atau pusat jagaan harian bagi mengelakkan penularan penyakit itu.

PICKids | Tiada lagi vaksin percuma untuk kanak-kanak selepas 31 Mei
Tiada lagi vaksin Pfizer dan Sinovac secara percuma yang akan ditawarkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) selepas Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) tamat pada 31 Mei ini. Pengurus Program Vaksin ProtechHealth, Dr. Hue Hwa Ching berkata, bagaimanapun bagi kanak-kanak yang baharu sahaja memasuki usia 5 tahun pada atau selepas tarikh tersebut masih boleh mendapatkan suntikan pertama dan kedua bagi vaksin tersebut di PPVGP atau klinik swasta.

Isteri Wan Junaidi meninggal dunia
Isteri kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Datin Seri Fiona Norjanah Sim Abdullah meninggal dunia pada Jumaat.

Pegawai KPDNHEP direman, dipercayai minta rasuah RM3,000 selesaikan kes gas LPG
Suspek ditahan petang Jumaat di Bayan Baru ketika menerima wang berkenaan daripada pengadu.