awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
MITI siasat dakwaan pelanggaran libatkan cip AI Nvidia
MALAYSIA
KPT pelbagaikan kaedah PdP, ketengah 'edutourism'
BISNES
Rundingan tarif AS: Malaysia harap dapat jalin kerjasama baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Pegawai kualiti insurans rugi lebih RM50,000 terperdaya tawaran pekerjaan sambilan

Bernama
Bernama
10/06/2025
13:51 MYT
Pegawai kualiti insurans rugi lebih RM50,000 terperdaya tawaran pekerjaan sambilan
Mangsa tertarik dengan tawaran pekerjaan di Facebook yang menjanjikan komisen lumayan, lalu menekan pautan yang disambungkan ke aplikasi WhatsApp.
JOHOR BAHRU: Seorang pegawai kualiti insurans mengalami kerugian RM54,950 selepas terperdaya dengan tawaran pekerjaan sambilan dalam talian yang diiklankan menerusi Facebook.
Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata kejadian bermula pada 30 Mei lepas, apabila wanita berusia 32 tahun itu tertarik dengan tawaran pekerjaan menjanjikan komisen lumayan dan menekan pautan yang disambungkan ke aplikasi WhatsApp.
"Mangsa telah dijanjikan komisen tinggi 10 hingga 35 peratus dalam tempoh singkat.
"Terperdaya dengan komisen ditawarkan, mangsa kemudian melakukan 16 transaksi ke dalam 10 akaun bank berlainan dari 30 Mei hingga 3 Jun lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa juga diminta membuat bayaran tambahan bagi mengeluarkan hasil komisen sebelum menyedari ditipu setelah usaha mendapatkannya gagal.
Mohd Sohaimi berkata hasil siasatan mendapati enam daripada akaun bank tersebut mempunyai tujuh rekod laporan polis melibatkan kes sama.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan tawaran pekerjaan seumpama itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#scam
#sindiket penipuan
#mangsa kerugian
#tawaran pekerjaan
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami