Semua pegawai negeri dan rakyat Kelantan akan berkabung selama 40 hari berikutan kemangkatan Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra hari ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad pada sidang akhbar khasnya berkata, mereka mesti memakai kain putih di kemuncak songkok atau tali leher berwarna hitam dalam tempoh perkabungan itu.
"Manakala kerabat-kerabat diraja, pegawai dan kakitangan Istana hendaklah memakai pakaian berkabung selama 100 hari bermula hari ini.
"Semua masjid dan surau di dalam negeri Kelantan hendaklah mengadakan majlis tahlil dan doa selepas fardhu Maghrib selama tujuh hari," katanya.
Nazran berkata, rakyat jelata boleh menziarahi jenazah baginda bagi penghormatan terakhir mulai pukul 2 hingga 4 petang ini.
"Tempoh yang sama turut diberikan kepada orang kenamaan untuk penghormatan terakhir itu," katanya.
Beliau berkata, jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar di sini selepas solat Asar dengan perangkatan jenazah menggunakan pedati khas yang ditarik anggota tentera bermula dari Istana Balai Besar di sini.
"Pakaian pada upacara pemakaman bagi lelaki Melayu mestilah pakaian kebangsaan putih, sampin tenun putih dan kain putih di kemuncak songkok.
"Bagi orang bukan Islam boleh memakai lounge suit manakala perempuan berbaju panjang, berkain tudung manakala bukan Melayu adalah berpakaian sopan," katanya.
Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permasuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dijangka tiba untuk memberikan penghormatan terakhir.
Turut dijangka hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan kenamaan Istana lain.
Sultan Ismail Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini pada pukul 8.11 pagi. - BERNAMA
Bernama
Sat Sep 28 2019
Pegawai negeri dan rakyat Kelantan akan berkabung selama 40 hari berikutan kemangkatan Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
17 maut dalam nahas bas di timur Brazil
Bas mmebawa 40 penumpang itu dilaporkan hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung di kawasan pergunungan daerah Uniao dos Palmares.
Venice berkabung selepas 21 maut dalam nahas bas
Bendera di bangunan rasmi di rantau ini akan dikibarkan separuh tiang kerana tragedi yang besar ini.
Angka kematian kebakaran kelab malam di Sepanyol meningkat kepada 13 orang
Kebakaran bermula dari satu daripada kelab berkenaan pada 6 pagi (0400 GMT) dan api marak dengan pantas ke premis lain.
Rakyat Terengganu diingatkan patuhi kod etika pakaian selama tempoh berkabung
Seluruh rakyat Terengganu dinasihatkan untuk mematuhi kod etika berpakaian selama lima hari tempoh berkabung.
Greece umum tiga hari berkabung susulan insiden kapal karam
Greece akan berkabung selama tiga hari bagi mengenang mangsa yang terkorban dalam insiden kapal karam di perairan antarabangsa dekat bandar Pylos,
Gempa Turkiye: Erdogan isytihar berkabung 7 hari
Jumlah kematian di Turkiye meningkat kepada 2,379 (setakat jam 7.20 pagi waktu Malaysia), dengan angka terkini dari Syria berjumlah 1,444.
Pemimpin seluruh Asia Barat berkabung atas pemergian Presiden UAE
Pemimpin di seluruh Asia Barat menzahirkan kesedihan atas pemergian Presiden UAE Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan, yang meninggal dunia.
Nahas China Eastern Airlines: Keluarga mangsa nahas pesawat berkabung
Upacara berkabung bagi mengenang mangsa tragedi pesawat China Eastern Airlines yang mengorbankan 132 nyawa diadakan di lokasi nahas pada Ahad petang.
Kematian Benigno Aquino, Filipina berkabung 10 hari
Filipina akan berkabung selama 10 hari bermula 24 Jun, berikutan kematian bekas Presiden Benigno "Noynoy" Aquino III.
Pemergian Putera Philip: Rakyat Britain berkabung
Sebanyak 99 kali loceng dibunyikan sebagai simbolik usia Putera Philip ketika menghembuskan nafas terakhir.