awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai penguat kuasa ditahan, terima rasuah RM100,000

Bernama
Bernama
14/02/2025
08:16 MYT
Pegawai penguat kuasa ditahan, terima rasuah RM100,000
Suspek ditahan kira-kira 8 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah,
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang pegawai penguat kuasa kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM100,000 daripada syarikat pengangkutan tahun lepas.
Menurut sumber, suspek berusia 40-an itu dipercayai melakukan perbuatan berkenaan dengan menerima rasuah sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap lori milik syarikat terbabit yang melakukan kesalahan jalan raya.
Suspek ditahan kira-kira 8 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah, susulan daripada tangkapan terhadap seorang pembantu penguat kuasa pada Selasa lepas.
Siasatan awal mendapati suspek dipercayai meminta wang rasuah dari kira-kira 30 syarikat pengangkutan sejak Oktober 2023 hingga November tahun lepas, dengan jumlah bayaran bulanan antara RM300 hingga RM3,000 yang dianggarkan berjumlah RM100,000.
Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 1(a) Akta SPRM 2009.
Suspek telah dibebaskan dengan jaminan RM20,000 dan seorang penjamin selepas keterangan diambil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sprm sabah
#pegawai penguat kuasa ditahan
#Rasuah
#syarikat pengangkutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan