awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai perubatan rugi lebih RM80,000 terpedaya skim pelaburan Kripto

Bernama
Bernama
05/03/2025
02:40 MYT
Pegawai perubatan rugi lebih RM80,000 terpedaya skim pelaburan Kripto
Seorang pegawai perubatan kerugian RM86,200 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan pelaburan mata wang kripto di media sosial, bermula Oktober tahun lepas. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang pegawai perubatan kerugian RM86,200 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan pelaburan mata wang kripto di media sosial, bermula Oktober tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata, mangsa berusia 39 tahun tertarik untuk menyertai pelaburan itu, kerana menawarkan pulangan lumayan selepas menyertai kumpulan WhatsApp perkongsian maklumat saham.
"Wanita itu telah menggunakan wang simpanan untuk membuat lima transaksi pemindahan wang berjumlah RM86,200 ke akaun diarahkan bagi tujuan pelaburan.
"Bagaimanapun, semasa mangsa mahu mengeluarkan keuntungan pelaburannya, dia dihalang atas pelbagai alasan termasuk akaun dibekukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Azli berkata, mangsa semakin curiga dengan skim pelaburan itu apabila diarahkan membuat pemindahan wang dalam mata wang kripto Tether sebanyak USDT35,146.60 bagi tujuan pengesanan semakan sumber pendapatan.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada 4.16 petang semalam dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Azli menasihatkan orang ramai berhati-hati dan membuat semakan dengan pihak berkuasa sebelum menyertai pelaburan mencurigakan di media sosial bagi memastikan kesahihan skim ditawarkan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket penipuan pelaburan
#pegawai perubatan rugi
#mata wang kripto
#wang kripto Tether
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan