awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Manchester City selangkah ke Final Carabao Cup selepas tewaskan Newcastle
Liga Super: Kebangkitan lewat Sabah FC gagal sekat kemenangan Kelantan TRW
Tiga lelaki maut, tiga cedera parah dalam kemalangan di Gua Musang - Bomba
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai, petugas AADK dikenakan tindakan tatatertib susulan kematian klien di PUSPEN

Bernama
Bernama
28/11/2025
03:40 MYT
Pegawai, petugas AADK dikenakan tindakan tatatertib susulan kematian klien di PUSPEN
EAIC mengesyorkan pelaksanaan naziran menyeluruh di semua PUSPEN untuk memantau pelaksanaan tugasan, mengenal pasti isu operasi serta memastikan pematuhan berterusan terhadap SOP.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengesahkan tindakan tatatertib telah diambil terhadap pegawai dan petugas Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) susulan insiden kematian klien di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Batu Kurau, Perak, pada 14 Mac lepas.
EAIC dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan yang dikenakan oleh Unit Integriti AADK itu selaras dengan prosedur dalaman agensi dan siasatan berhubung aduan kes berkenaan dilaksanakan mengikut subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].
Sehubungan dengan itu, EAIC telah merujuk kepada Ketua Jabatan AADK bersama-sama cadangan penambahbaikan terhadap Perintah Tetap Ketua Pengarah AADK meliputi Bab D01 tentang proses kemasukan klien dan Bab D10 berkaitan pengurusan bilik rawatan, perubatan dan klinikal.
"Penambahbaikan ini bertujuan mengukuhkan pengurusan dan pemantauan kesihatan klien, termasuk aspek pengendalian dan pemberian ubat kepada klien yang dimasukkan ke pusat pemulihan," menurut kenyataan itu.
Suruhanjaya itu turut mengesyorkan pelaksanaan naziran menyeluruh di semua PUSPEN untuk memantau pelaksanaan tugasan, mengenal pasti isu operasi serta memastikan pematuhan berterusan terhadap prosedur operasi standard (SOP).
Selain itu, EAIC menggariskan keperluan meningkatkan latihan melibatkan SOP, garis panduan, dasar, arahan tetap serta tatacara perkhidmatan, penguatkuasaan dan operasi melalui pelaksanaan kursus serta kursus penyegaran secara berkala kepada semua petugas PUSPEN.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#EAIC
#tindakan tatatertib
#AADK
#PUSPEN
#kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan