Seorang pegawai Cawangan Khas (SB) Bukit Aman memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis bahawa beliau mematikan peranti penjejakannya apabila tembakan dilepaskan dari sebuah rumah di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac tahun lepas.
ASP Mohammad Aswad Arshad, 32, berkata tembakan itu dilepaskan sebaik sahaja beliau dan rakannya, seorang lagi pegawai SB Bukit Aman, ASP Azra Nursaffree Ramli, mengesan lokasi isyarat telefon bimbit kepunyaan suspek yang mempunyai kaitan dengan pencerobohan di Lahad Datu pada Februari tahun lepas.
Katanya mereka menjejaki isyarat telefon bimbit itu di rumah bernombor 27 di perkampungan air berkenaan dan memaklumkannya kepada Allahyarham Sarjan Baharin Hamid tentang dapatan mereka.
"Selepas memaklumkan kepada Sarjan Baharin mengenai kedudukan isyarat telefon bimbit itu, dia bertindak berlari ke arah rumah 27. Pada waktu itu, lebih kurang 7.30 malam," katanya pada perbicaraan 30 individu yang menghadapi pelbagai tuduhan berkaitan pencerobohan Lahad Datu.
Ketika itu, kata Mohammad Aswad, Azra Nursaffree memekik "meniarap" untuk mengarahkannya dan orang lain yang ada bersamanya supaya mencari perlindungan.
Mohammad Aswad berkata ketika itu beliau dan Azra Nursaffree berada di beranda rumah nombor 25, tempat mereka mengesan isyarat telefon bimbit berkenaan, dan menambah selepas itu, beliau mengikut rakannya memasuki rumah itu dan tinggal di situ bersama pemilik rumah serta anak perempuannya serta seorang lagi anggota polis, sehinggalah mereka diselamatkan.
Kata pegawai SB itu, beliau dan Azra Nursaffree diselamatkan antara pukul 6 dan 6.30 petang hari berikutnya iaitu pada 3 Mac tahun lepas, tetapi tidak pasti apa yang berlaku kepada anggota polis dan wanita serta anak perempuannya itu.
Tertuduh dalam perbicaran ini terdiri daripada 27 rakyat Filipina dan tiga penduduk tempatan, dengan sesetengah mereka menghadapi pelbagai tuduhan, termasuk menjadi anggota kumpulan pengganas, melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk kumpulan pengganas dan dengan sukarela melindungi individu yang mereka tahu adalah anggota kumpulan pengganas.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Feb dn 10 April tahun lepas.
Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung pada Jumaat.
Bernama
Thu Oct 09 2014
Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah ke atas pencerobohan di Lahad Datu bersambung pada Jumaat.
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
AWANI Tonight: Batu Puteh RCI: PM dismisses persecution claims against Tun M
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim clarified that the Royal Commission of Inquiry on the Batu Puteh case was not to target Tun Dr. Mahathir Mohamad, noting that the special task force was formed under Datuk Seri Ismail Sabri's administration.
AWANI Tonight: Indonesia’s Prabowo mulls scrapping regional elections to cut costs
Indonesian President Prabowo Subianto suggests doing away with one of the country’s two nationwide elections to cut costs, resembling a model used during the country’s three-decade authoritarian rule.
AWANI Ringkas: Musa Aman bakal TYT Sabah baharu?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Pegawai SB matikan peranti penjejakan apabila tembakan dilepaskan
Pegawai Cawangan Khas (SB) Bukit Aman memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau mematikan peranti penjejakannya apabila tembakan dilepaskan.