awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai SPRM perlu diberi perlindungan daripada pendakwaan - Noor Farida

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
15/08/2015
00:00 MYT
Pegawai SPRM perlu diberi perlindungan daripada pendakwaan - Noor Farida
NOOR FARIDA: SPRM perlu diberikan kebebasan sebagai sebuah badan penguatkuasa yang berperlembagaan di bawah Parlimen.
Pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberikan perlindungan daripada pendakwaan seperti yang diberikan kepada penyelia bank dalam negara ini, kata ahli Kumpulan Tokoh Melayu (G25) Datuk Noor Farida Ariffin.
Jelas beliau lagi, badan itu sewajarnya diberikan kebebasan sebagai sebuah badan penguatkuasa yang berperlembagaan di bawah Parlimen.
Selain itu katanya sudah tiba masanya untuk SPRM diberikan kuasa pendakwaan.
"SPRM patut diberi kuasa pendakwaan untuk mengukuhkan kuasa penyiasatannya yang sedia ada. Sebagai tambahan, pegawai-pegawai SPRM juga sepatutnya diberi perlindungan daripada pendakwaaan seperti penyelia-penyelia bank," kata Noor Farida.
Beliau yang juga bekas duta Malaysia ke Belanda berkata demikian dalam ucapannya ketika menghadiri Majlis Pelancaran Bersih 4 di Auditorium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Jumaat malam.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low berpendapat SPRM perlu berada di luar entiti perkhidmatan awam supaya kredibilitinya tidak terjejas.
Beliau berkata SPRM perlu diberi autonomi dan diberi status Suruhanjaya yang berasingan.
Low berkata, SPRM perlu diberi kebebasan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka secara profesional tanpa gangguan mana-mana pihak.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim juga pernah mencadangkan SPRM diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen agar SPRM dapat dijadikan sebagai sebuah badan yang berkecuali dan bebas sepenuhnya.
Topic Berkaitan
#Noor Farida Ariffin
#pendakwaan
#perlindungan
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan