Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sewajarnya diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim mencadangkan perkara itu agar SPRM dapat dijadikan sebagai sebuah badan yang berkecuali dan bebas sepenuhnya.
"Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula cadangan ini untuk meletakkan SPRM di bawah Parlimen bersama dengan cadangan PPPR (Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah) agar perkataan 'bebas' dimasukkan dalam nama suruhanjaya berkenaan sekaligus menjadikan namanya, Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Malaysia.
"Ini penting mengambil kira keperluan dan situasi semasa," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Selain itu, katanya, pelantikan Ketua Pesuruhajaya SPRM juga wajar dibuat mengikut perlembagaan persekutuan, sama seperti jawatan Peguam Negara dan Ketua Audit Negara.
"Untuk mengelakkan sebarang spekulasi pada masa hadapan dan dalam mengekalkan ketelusan SPRM maka saya mencadangkan supaya Ketua Pesuruhjaya SPRM dilantik di bawah Perlembagaan Persekutuan.
"Ia sama seperti pelantikan Peguam Negara dan Ketua Audit Negara.
"Merujuk kepada Perlembagaan Malaysia, Pelantikan Peguam Negara dan Ketua Audit Negara adalah di bawah Perlembagaan di mana pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja," katanya lagi sambil menjelaskan ia bertujuan mengelakkan sebarang campur tangan pihak luar dalam badan itu pada masa depan selain untuk mengekalkan ketelusan institusi berkenaan.
BACA: 'Perlu alasan kukuh sebelum pindah dua pegawai SPRM' - Tajuddin
BACA: 'Tukar dua pegawai SPRM tindakan terdesak'
BACA: Siasatan ke atas SPRM ditangguh sementara - KPN
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu turut menjelaskan perkara tersebut merupakan sebahagian daripada langkah untuk terus memelihara kecekapan dan integriti SPRM yang sememangnya bertindak mendukung prinsip integriti.
"Ini juga sebahagian daripada langkah untuk terus memelihara kecekapan dan integriti SPRM, sekaligus menangkis dakwaan dan konotasi negatif yang sering ditimbulkan terhadap Suruhanjaya ini.
"Malah ia sekaligus membuktikan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memerangi rasuah seperti mana yang dijanjikan dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 yang lalu," ujarnya lagi.
Beliau pada masa sama menyatakan persetujuannya terhadap pandangan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) yang menyifatkan, pertukaran dua pegawai SPRM ke Jabatan Perdana Menteri meningkatkan suasana tegang, mencetuskan pelbagai persoalan, mewujudkan lebih banyak syak wasangka dan teori konspirasi.
"SPRM tetap akan meneruskan siasatan ke atas dana RM4 bilion dan kaitannya dengan anak syarikat 1MDB, SRC International.
"Tiada arahan untuk menghentikan sebarang penyiasatan. Maka, tidak rasional untuk kaitkan pertukaran dengan penyiasatan," katanya.
Khairunnisa Kasnoon
Sun Aug 09 2015
IRMOHIZAM: Pelantikan Ketua Pesuruhajaya SPRM juga wajar dibuat mengikut perlembagaan persekutuan, sama seperti jawatan Peguam Negara dan Ketua Audit Negara. - Gambar Fail
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
RM7 juta diperuntukkan naik taraf 38 tamu desa di Sabah - Ewon
Sebanyak RM7 juta diperuntukkan bagi menaik taraf 38 tapak tamu desa yang telah dikenal pasti di seluruh Sabah
KKDW peruntuk RM290 juta setahun untuk luar bandar Sabah
Peruntukan RM290 juta KKDW untuk kemudahan luar bandar Sabah adalah peruntukan tahunan kementerian itu bagi membantu penduiduk negeri itu.
Saya kehilangan sahabat baik - TPM Fadillah
Menyifatkan mendiang sebagai sahabat baik sejak sekian lama, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Mutang adalah pemimpin Sarawak yang banyak memberi sumbangan sepanjang bergelar Ahli Parlimen Bukit Mas dari 1982 hingga 1990 dan banyak menyatukan Orang Ulu
Mutang akan terus diingati sebagai pemimpin hebat - Premier
Mutang akan terus diingati sebagai pemimpin hebat - Premier
Mutang miliki prinsip ke arah reformasi Parlimen - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara kehilangan individu yang sangat serius dalam usaha reformasi Parlimen dengan pemergian Yang Dipertua Dewan Negara mendiang Senator Datuk Mutang Tagal .
Gerawat Gala sebak kehilangan teman sejati
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Gerawat Gala tmenyifatkan Datuk Mutang Tagal yang dikenalinya sejak zaman persekolahan lagi.
Majlis penghormatan terakhir untuk Mutang pada Ahad
Jasad Datuk Mutang Tagal dijangka tiba di Miri pada jam 10.30 pagi Ahad dan akan terus dibawa ke Gereja Bem Jalan Airport untuk upacara penghormatan terakhir.
Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran manifestasi komitmen kerajaan martabat agama Islam
Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1445 Hijrah/2024 Masihi lambang manifestasi komitmen kerajaan memastikan syiar Islam terus dipertahan.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar, teroka peluang pelaburan baharu
Lawatan itu bagi memenuhi jemputan Amir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani selain menghadiri Forum Ekonomi Qatar 2024.
Pemilu 2024: Hari bersejarah buat WTCKL - Irmohizam
Pemilihan WTCKL sebagai lokasi undi awal bagi Pemilu dan Pilpres Indonesia disifatkan sebagai hari paling bersejarah sejak penubuhannya.
Irmohizam terima anugerah CEO Champion (SME)
Datuk Seri Irmohizam Ibrahim, telah dianugerahkan dengan satu anugerah berprestij iaitu CEO Champion (SME) sempena Life at WorkAwards (LAWA) 2023.
Irmohizam dilantik Pro-Canselor UGM
Irmohizam merupakan Pro-Canselor 1 termuda yang pernah dilantik oleh UGM.
WTCKL jalin kerjasama dengan WTC Xiamen - Irmohizam
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Pusat Dagangan Dunia Xiamen hari ini.
Irmohizam terima pengiktirafan BrandLeadership Award
Beliau diiktiraf atas usaha memperjuangkan ekonomi acara perniagaan di peringkat domestik dan antarabangsa.
Irmohizam rangkul dua anugerah pengiktirafan industri MACEOS
Beliau berharap semua pihak dapat bekerjasama menganjurkan acara antarabangsa yang lebih menarik di Malaysia.
WTCKL pusat konvensyen dunia pertama guna teknologi hijau
Bangunan itu kini dipasang dengan sistem panel solar di atas bumbungnya berkapasiti 501 kilowatt peak.
Pameran Affordable Art di WTCKL, pamer lebih 300 karya pelukis tempatan
Orang ramai dijemput memeriahkan pameran Affordable Art Exhibition yang sedang berlangsung di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.
Malaysia berupaya jadi 'gergasi' industri MICE dunia - Irmohizam
Lebih banyak organisasi antarabangsa boleh dilibatkan dalam menjadikan Malaysia sebagai hab mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) lebih selamat.
Malaysia boleh jadi contoh keamanan sosial buat dunia - Irmohizam
Malaysia berpotensi menjadi negara contoh dalam soal keamanan sosial buat dunia. Demikian jelas Profesor Anjung Fakulti Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Seri Dr Irmohizam