Segak dalam uniform biru gelapnya, Ketua Penolong Kanan Suruhanjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Zuhairie Abu Bakar, hari ini memimpin hadirin di Dataran Putrajaya di sini dengan melafazkan ikrar Rukun Negara.
Usai melafazkan prinsip kelima Rukun Negara, 'Kesopanan dan Kesusilaan' diikuti paluan drum, vokal lantang Zuhairie melaungkan 'Merdeka' sebanyak tujuh kali, mengimbau laungan Bapa Kemerdekaan negara Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka.
Zuhairie, 42, berkata warga SPRM diberikan mandat membaca ikrar pada Hari Kebangsaan tahun ini oleh Kementerian Pendidikan, yang merupakan jawatankuasa penyelaras sambutan, seiring dengan tema Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih.
"Maksud bersih bukan sahaja dari segi bebas rasuah sahaja, tetapi Malaysia harus lebih dikenali sebagai negara berintegriti, kepatuhan terhadap Perlembagaan Persekutuan, bebas dari jenayah, bebas dari unsur provokasi kaum dan lain-lain," katanya kepada Bernama.
Menurut Zuhairie, beliau dicalonkan sebagai pembaca ikrar oleh pengurusan tertinggi SPRM untuk sesi uji bakat kerana beliau mempunyai pengalaman sebagai pegawai baris SPRM bagi anggota yang menamatkan latihan.
"Perasaan bangga itu memang ada, antara 32 juta rakyat saya orang bertuah terpilih baca ikrar dan ketika melaungkan kata keramat merdeka, perasaan patriotik itu hanya saya yang faham," kata Zuhairie yang berkhidmat dengan SPRM sejak 1999.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 31 2019
Zuhairie Abu Bakar memimpin hadirin di Dataran Putrajaya dengan melafazkan ikrar Rukun Negara. -YouTube @Sinarharian
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
Pesara tentera zahir patriotisme lukis potret PM buat koleksi, jualan
Seorang pesara tentera menzahirkan semangat patriotisme dengan menghasilkan lukisan potret Bapa Kemerdekaan dan sembilan Perdana Menteri yang lain sebagai koleksi peribadi.
Pegawai SPRM pimpin lafaz ikrar rukun negara, laungan merdeka
Usai melafazkan prinsip kelima Rukun Negara, 'Kesopanan dan Kesusilaan' diikuti paluan drum, vokal lantang Zuhairie melaungkan 'Merdeka' sebanyak tujuh kali.