awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai SPRM terima ancaman, termasuk ugutan bunuh - Abu Kassim

Hilmi Malik
Hilmi Malik
10/12/2018
04:51 MYT
Pegawai SPRM terima ancaman, termasuk ugutan bunuh - Abu Kassim
ABU KASSIM: Jumlah mereka yang menjadi mangsa kepada keadaan apabila menjalankan tugas dengan baik meningkat...ada yang dibunuh. -Gambar fail
Malaysia sememangnya komited dalam membanteras jenayah rasuah dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia merupakan badan yang dipertanggungjawabkan dalam memerangi jenayah itu.
Namun realitinya tidak ramai yang tahu terdapat antara mereka terpaksa memperjudikan nyawa sendiri.
Berdepan pelbagai ancaman dalam usaha menegakkan keadilan termasuk ugutan bunuh. April lalu, dua pegawai kanan SPRM menerima kiriman peluru hidup yang dihantar ke rumah mereka.
Itu antara cabaran yang didepani pegawai serta ahli pencegah rasuah.
Menurut bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, perkara itu bukan lagi sesuatu yang asing dan tidak mengejutkan bagi beliau yang pernah mengemudi organisasi itu selama enam tahun.
"Jumlah mereka yang menjadi mangsa kepada keadaan apabila menjalankan tugas dengan baik meningkat. Ada yang dibunuh.
"Di Indonesia, misalnya, pegawainya disimbah asid sehingga hampir buta malah ada juga yang dibuang kerja dan terperangkap sebaik sahaja pendakwaan dilakukan.
"Ada juga di antara mereka yang terpaksa berpisah dengan keluarga demi menjalankan siasatan," katanya ketika bercakap kepada Astro AWANI.
Melihat kepada senario itu, ia telah mendapat perhatian pihak Pertubuhan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA) menerusi penubuhan "Tabung Juara" di bawah badan itu yang bertujuan membela semula nasib serta kebajikan para pejuang integriti itu.
Dalam menyokong komitmen itu, perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini telah bersetuju menyumbang RM500,000 kepada tabung itu sekali gus menjadikan Malaysia negara pertama yang menyalurkan sumbangan terhadap tabung itu.
Qatar merupakan negara seterusnya yang akan menyalurkan sumbangan setelah memberikan pengesahan.
Topic Berkaitan
#Abu Kassim Mohamed
#IAACA
#pencegah rasuah dunia
#Pertubuhan Pihak Berkuasa Anti Rasuah Antarabangsa
#tabung peringkat antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan