KUALA LUMPUR: Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, bahawa beliau tidak menyiasat sumber pendapatan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum menjadi menteri, ketika mengendalikan kes pengubahan wang haram yang dihadapi Ahli Parlimen Muar itu.
Asbi Munip, 32, berkata ini kerana siasatannya hanya tertumpu kepada pemindahan wang RM100,000 daripada akaun Maybank Syed Saddiq ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) milik Syed Saddiq.
"Berdasarkan siasatan saya, YB Syed Saddiq telah melakukan dua pemindahan wang, masing-masing sebanyak RM50,000 pada 16 Jun dan 19 Jun 2018 ke dalam akaun ASB miliknya," katanya semasa disoal peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Syed Saddiq, pada perbicaraan bekas Menteri Belia dan Sukan itu yang berdepan empat pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram.
Disoal Gobind, adakah saksi itu mengetahui punca pendapatan anak guamnya sebelum menjadi menteri?, Asbi menjawab beliau mengetahui Syed Saddiq pernah menjadi tutor sambilan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Bagaimanapun, Asbi tidak mengingati bahawa Syed Saddiq pernah menjadi pensyarah debat Bahasa Inggeris, jurulatih debat UIA dan kolumnis beberapa portal.
Gobind: Tuan Asbi tidak bertanya kepada YB Syed Saddiq? Ini soalan asas kepada kes AMLA (pengubahan wang haram).
Asbi: Saya hanya fokus kepada siasatan saya berhubung pemindahan wang.
Asbi kemudian bersetuju dengan peguam bahawa beliau tidak menyiasat sumber pendapatan Syed Saddiq sebelum menjadi menteri dalam menjalankan siasatan kes pengubahan wang haram.
Saksi pendakwaan ke-29 itu juga berkata beliau tidak menyiasat jumlah perbelanjaan yang dibiayai dahulu oleh Syed Saddiq untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ditanya Gobind, dalam pembelaan Syed Saddiq menyatakan bahawa wang RM120,000 adalah untuk menggantikan wang yang telah didahulukannya untuk kempen PRU14, Asbi menjawab, "Saya hanya menyiasat berhubung wang RM100,000".
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Syafina Mohd Radzuan bertanyakan kepada saksi itu, bagaimana dia pastikan wang RM100,000 daripada akaun Maybank Syed Saddiq masuk ke dalam akaun ASB milik Syed Saddiq.
"Terdapat kemasukan wang berjumlah RM120,000 daripada akaun Armada Bumi Bersatu Enterprise menerusi empat transaksi ke dalam akaun Maybank YB Syed Saddiq.
"Saya juga mengesahkan dengan pegawai ASB bahawa terdapat kemasukan wang berjumlah RM100,000 ke dalam akaun ASB YB Syed Saddiq, selain memastikan akaun Maybank itu adalah millik YB Syed Saddiq," jawab Asbi.
Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.
Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalahguna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri, dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April 2018.
Beliau juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang dipercayai merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid bersambung 22 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 03 2022
Saksi itu berkata, siasatannya hanya tertumpu kepada pemindahan wang RM100,000 daripada akaun Maybank Syed Saddiq ke dalam akaun ASB miliknya. - Gambar fail
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pengampunan Najib: Syed Saddiq dakwa ramai pemimpin lepas tangan
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa bahawa kerajaan terlibat dalam proses pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak oleh Lembaga Pengampunan.
Kerajaan digesa bawa usul pencen ahli politik di Parlimen, DUN - Syed Saddiq
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa kerajaan membawa usul pemansuhan pencen ahli politik peringkat Persekutuan dan negeri di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
'Syed Saddiq pemimpin muda yang berani, tak bacul' - Zuraida
Syed Saddiq merupakan seorang pemimpin muda yang menunjukkan sikap berani, kata Zuraida Kamaruddin.
Syed Saddiq bebas atau bersalah, diketahui Khamis ini
Nasib Syed Saddiq sama ada dilepaskan atau disabitkan atas empat pertuduhan akan diputuskan Mahkamah Tinggi di sini, pada Khamis.
Syed Saddiq dakwa peruntukan ditarik balik selepas keluar Kerajaan Perpaduan
Menurutnya, beliau mendapat pengesahan itu daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) sendiri.
PN alu-alukan Syed Saddiq sertai parti - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, mereka terbuka untuk menerima mana-mana Ahli Parlimen terutamanya yang berprinsip.
"Hipokrit!" - kata Syed Saddiq kepada kerajaan
Tegasnya, sebelum ini dilaungkan mahu lawan rasuah, tidak akan gugurkan kes dan mahu penjarakan kleptokrat namun hari ini berbeza pula.
Hero rakyat Malaysia sekarang ialah YB Muar - Shahidan
PN meminta Peguam Negara untuk menjelaskan keputusana pembebasan tersebut kerana ramai yang sudah buka mulut, membincangkan kes tersebut.
Syed Saddiq ditempatkan di blok pembangkang - Johari
Ahli Parlimen Muar ,Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan ditempatkan di blok pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat mulai esok susulan keputusannya untuk menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.
Syed Saddiq sah tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, secara rasmi menarik diri daripada menyokong Kerajaan Perpaduan berkuat kuasa serta-merta dan menjadi pembangkang kuasa ketiga.