[TERKINI] Tiada lagi penternakan babi di Tanjong Sepat, titah Sultan Selangor
![[TERKINI] Tiada lagi penternakan babi di Tanjong Sepat, titah Sultan Selangor [TERKINI] Tiada lagi penternakan babi di Tanjong Sepat, titah Sultan Selangor](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2026-01/61768213699_TBSultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar tiada lagi operasi penternakan babi dibenarkan di kawasan Tanjong Sepat, Kuala Langat. -Gambar fail/Selangor Royal Office
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar tiada lagi operasi penternakan babi dibenarkan di kawasan Tanjong Sepat, Kuala Langat, selaras dengan usaha memastikan kesejahteraan rakyat, kelestarian alam sekitar dan keharmonian sosial di negeri Selangor.
Ringkasan AI
- Sultan Selangor menitahkan penghentian operasi penternakan babi di Tanjong Sepat, Kuala Langat untuk memastikan kesejahteraan rakyat, kelestarian alam, dan keharmonian sosial di Selangor.
- Keputusan tersebut dibuat selepas sesi bersama Exco Infrastruktur dan Pertanian serta Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan di Istana Bukit Kayangan.
- Kerajaan Selangor tidak akan menyokong operasi penternakan babi pada masa hadapan dan menekankan perlunya pemindahan operasi ke Bukit Tagar serta pematuhan undang-undang untuk kepentingan masyarakat bukan Islam di Selangor.
"Operasi penternakan babi sedia ada di Tanjong Sepat hendaklah dihentikan secara beransur-ansur dan dipindahkan sepenuhnya ke kawasan Bukit Tagar, mengikut perancangan tersusun serta mematuhi semua keperluan undang-undang dan peraturan berkaitan.
"Kajian terperinci serta bancian menyeluruh berasaskan data sah dilaksanakan bagi mengenal pasti keperluan sebenar daging babi khusus untuk kegunaan rakyat bukan Islam di Selangor sahaja," titah Baginda.
Dapatan kajian berkenaan perlu dijadikan asas utama dalam menentukan skala, kapasiti dan keluasan operasi penternakan di Bukit Tagar, agar ia kekal terkawal dan pada tahap munasabah.
Selain itu, Baginda menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak akan menyediakan sebarang peruntukan kewangan atau membuat pelaburan awam bagi mana-mana operasi penternakan babi pada masa hadapan, termasuk di Bukit Tagar.
Baginda berharap semua pihak yang terlibat dapat melaksanakan ketetapan ini dengan penuh tanggungjawab dan berhemah, selaras dengan undang-undang, demi memastikan kesejahteraan rakyat, kelestarian alam sekitar serta keharmonian masyarakat berbilang kaum di Selangor sentiasa terpelihara.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah arahan yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor berkenaan operasi penternakan babi di Tanjong Sepat, Kuala Langat? A: Sultan Selangor menitahkan agar tiada lagi operasi penternakan babi dibenarkan di kawasan Tanjong Sepat dan dipindahkan sepenuhnya ke kawasan Bukit Tagar.
- Q: Apa yang menjadi fokus utama dalam kajian yang dilakukan berkaitan dengan pengurusan industri penternakan babi di Selangor? A: Kajian difokuskan untuk mengenal pasti keperluan sebenar daging babi khusus untuk kegunaan rakyat bukan Islam di Selangor sahaja.
- Q: Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor berkenaan dengan peruntukan kewangan bagi operasi penternakan babi pada masa hadapan? A: Kerajaan Negeri Selangor tidak akan menyediakan sebarang peruntukan kewangan atau membuat pelaburan awam bagi mana-mana operasi penternakan babi pada masa hadapan, termasuk di Bukit Tagar.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

