awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai, tiga anggota polis ditahan bantu siasatan pemerasan

Bernama
Bernama
02/09/2024
12:32 MYT
Pegawai, tiga anggota polis ditahan bantu siasatan pemerasan
M Kumar berkata keempat-empat mereka yang bertugas di IPD Seri Alam disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan. - Gambar Bernama
JOHOR BAHRU: Seorang pegawai dan tiga anggota polis ditahan minggu lepas dipercayai terlibat dengan kes pemerasan wang RM45,000 daripada dua ahli perniagaan.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata keempat-empat mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
"Bukti-bukti sedang dikumpul dan apabila siasatan lengkap, kita akan serah kepada Pejabat Timbakan Pendakwa Raya.
"Buat waktu ini mereka telah diberi jaminan polis dan masih bertugas di unit tidak aktif. Kita jamin siasatan menyeluruh akan dibuat dan tindakan tegas akan diambil," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan mendapati pegawai dan tiga anggota polis terbabit tidak mempunyai sebarang rekod masalah disiplin.
Terdahulu, tular menerusi media sosial satu laporan polis dibuat seorang ahli perniagaan yang mendakwa beliau dan rakannya didatangi dua lelaki mengaku sebagai anggota polis dan telah membawa mereka ke IPD Seri Alam pada Selasa lepas.
Difahamkan, setibanya di sana, kedua-dua ahli perniagaan berkenaan dibawa ke dalam sebuah bilik dan diperkenalkan dengan dua lagi anggota polis yang mendakwa mangsa dan rakannya terlibat dengan sindiket penipuan dan pemerdagangan manusia.
Polis berkenaan kemudian meminta wang RM150,000 untuk membantu mangsa menyelesaikan kes berkenaan, namun mangsa hanya mampu memberikan sejumlah RM45,000.
Mangsa kemudian membuat laporan polis berkaitan perkara itu keesokan harinya (28 Ogos) di IPD Johor Bahru Selatan, di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#pemerdagangan manusia
#sindiket penipuan
#jaminan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan