PUTRAJAYA:Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini mengesahkan seorang pegawai Tourism Malaysia, sebuah agensi di bawahnya, yang bertugas di ibu pejabat kementerian di sini didapati positif COVID-19.
Berikutan itu, MOTAC berkata semua pegawai dan kakitangan kementerian yang bertugas di bangunan ibu pejabatnya diarahkan menjalani kuarantin kendiri dan bekerja dari rumah berkuat kuasa hari ini.
"Bagi menangani penularan wabak pandemik COVID-19, bangunan MOTAC di Putrajaya telah disanitasi pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) pada petang Rabu (semalam)," kata MOTAC dalam satu kenyataan.
Menurut MOTAC, KKM turut mengesahkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri bukan kontak rapat serta tiada kontak secara langsung dengan pegawai terbabit.
Selain itu, ujian calitan yang dijalani Nancy pada petang semalam turut mengesahkan menteri berkenaan negatif COVID-19, demikian menurut kenyataan tersebut.
Bagaimanapun menurut MOTAC, sebagai langkah berjaga-jaga Nancy akan menjalani satu lagi ujian calitan pagi ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 26 2020

Bagi menangani penularan COVID-19, bangunan MOTAC di Putrajaya disanitasi pegawai KKM pada petang Rabu.

ASEAN | Kerjasama ASEAN perkukuh undang-undang siber
Negara anggota ASEAN boleh mempertimbangkan pelaksanaan undang-undang mengenai privasi data dan hak pengguna untuk diaplikasikan pada setiap entiti digital di rantau ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sudah tiba masanya platform digital dilihat sebagai satu medium yang perlu digunakan dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.

COVID-19 | Hospital di Perlis mampu tampung jumlah pesakit
Pusat kuarantin dan rawatan pesakit COVID-19 di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar mencapai tahap 79 peratus. Bagaimanapun, menurut Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, negeri ini masih lagi mampu menampung jumlah pesakit COVID-19 memandangkan kapasiti di Kolej Jururawat Masyarakat Kangar yang digunakan hanya sekitar 26 peratus.

Samun | Geng samun Ah Boon ditahan
Polis menumpaskan Geng Ah Boon yang terbabit dalam kes samun warga asing Ini susulan penahanan tiga ahli kumpulan itu ditahan, malam Rabu.

ADGMIN1: COVID-19 percepat pertumbuhan ekonomi digital Malaysia - Muhyiddin
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak setahun yang lalu telah mempercepat pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia.

Jualan kenderaan pada 2020 menurun 74,847 unit berbanding 2019, jangka peningkatan pada 2021
Walaupun terdapat penurunan dua digit dalam TIV, ia pencapaian yang baik bagi industri automotif tempatan.

Zahid Hamidi sahkan negatif COVID-19 selepas hadiri perjumpaan dengan pemimpin UMNO
Ahmad Zahid berkata beliau perolehi keputusan ujian saringan itu awal pagi ini.

TERKINI | Integrasi rentas sempandan

AWANI Ringkas: Bantuan banjir mencukupi hingga tiga bulan

Manfaat bantuan PERMAI kepada usahawan mikro

Ucapan Perasmian Asean Digital Ministers Meeting' (ADGMIN1) oleh Perdana Menteri
Ikuti secara langsung Ucapan Perasmian Asean Digital Ministers’ Meeting (ADGMIN1) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tourism Malaysia umum pertukaran pegawai kumpulan pengurusan
Tourism Malaysia mengumumkan pertukaran pegawai dalam kumpulan pengurusannya dalam usaha memperkukuh struktur organisasi.

Penginapan di hotel dijangka meningkat tahun depan
Kadar penginapan di hotel seluruh negara dijangka terus meningkat tahun depan apabila pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berakhir hujung tahun ini.

Kedatangan pelancong ke Malaysia merosot 78.6 peratus
Malaysia hanya menerima 4.29 juta pelancong dari Januari hingga September berbanding 20.1 juta pada 2019.

Pegawai Tourism Malaysia positif COVID-19 - MOTAC
Semua pegawai dan kakitangan kementerian yang bertugas di bangunan ibu pejabatnya diarahkan menjalani kuarantin kendiri dan bekerja dari rumah berkuat kuasa hari ini.

Dewan Rakyat: Negara rugi RM100 bilion akibat pembatalan VM2020 - MOTAC
Berdasarkan data pelancongan antarabangsa 2019, perbelanjaan oleh pelancong China kedua tertinggi dengan sumbangan sebanyak 17.8%.

Pulau Besar dan Pulau Sibu di Mersing bakal dinaik taraf libat RM200 juta
Pulau Besar dan Pulau Sibu di Mersing yang merupakan antara destinasi terkenal tumpuan pelancong bakal dinaik taraf daripada segi kemudahan air dan utiliti dengan melibatkan peruntukan RM200,000 juta.

Kementerian kerjasama dengan syarikat penerbangan tawar harga tiket berpatutan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat penerbangan tempatan bagi menawarkan harga tiket penerbangan yang berpatutan ke seluruh negara.

Ketibaan pelancong antarabangsa berkurangan 68.2 peratus Jan-Jun 2020
Seramai 4,252,997 pelancong antarabangsa direkodkan tiba ke negara ini pada separuh tahun pertama 2020, iaitu penurunan sebanyak 68.2 peratus, berbanding 13.3 juta pelancong yang dicatatkan dalam temp

Tahap pematuhan SOP pengusaha industri pelancongan adalah baik - Tourism Malaysia
Pengusaha industri pelancongan turut berperanan mengingatkan pengunjung di premis masing-masing supaya tidak mengabaikan SOP.

Pakej istimewa Cuti-Cuti Malaysia bagi penjawat awam
Program itu adalah inisiatif jangka masa pendek untuk meningkatkan usaha promosi pelancongan domestik dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).