Seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah ditahan di San Angelo, Texas, Amerika Syarikat pada 16 April kerana disyaki cuba menyeludup senjata api ke Kuala Lumpur.
Perkara ini disahkan oleh TUDM.
"Pegawai TUDM itu yang mengikuti kursus GoodFellow Air Force Base dan telah ditahan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat kerana cuba membawa keluar senjata api jenis pistol PT-22 Taurus.
"Dia kini dibawah tahanan pihak polis Texas dan dijangkakan akan dibicarakan di Mahkamah pada 21 April," kata kenyataan itu.
Menurut laporan portal www.bigportalhomepage.com, semasa beg pegawai itu diperiksa melalui imbasan x-ray, ia didapati bahawa terdapat suatu objek yang menghalang visual kesemua barang di dalam beg tersebut.
Ia dilaporkan bahawa selepas beg itu dibuka, sepucuk pistol kaliber PT- 22, .22 bersama kelopak berisi lapan butir peluru jenis .22 caliber ditemui.
Pegawai TUDM yang sudah menaiki pesawat, kemudiannya diiring keluar oleh pihak polis untuk siasatan berhubung penemuan senjata tersebut.
Portal itu melaporkan bahawa pegawai itu mengaku menyembunyikan senjata api tersebut supaya kerajaan Malaysia tidak akan menemuinya apabila dia tiba di Malaysia.
Ia dilaporkan bahawa pegawai itu dijadualkan untuk terbang dari lapangan Terbang Mathis Field di San Angelo ke Kuala Lumpur.
Pegawai itu dilaporkan membeli pistol itu semasa menghadiri satu pertunjukan senjata api di Sweetwater bersama dua orang pelajar dari pangkalan tentera udara.
Pegawai itu dilaporkan berkata dua penjual senjata api enggan menjual pistol itu kerana dia bukan warganegara Amerika Syarikat, namun, penjual ketiga telah menjualnya dengan harga $200.
Pegawai TUDM itu kini ditahan di Lubbock, Texas untuk pendakwaan dan sekiranya didapati bersalah, boleh dipenjarakan selama 10 tahun.
Sementara itu, pihak TUDM sedang mengikuti perkembangan kes ini dengan rapi sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
T K Letchumy Tamboo
Sun Apr 20 2014
Gambar hiasan
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Ejen sindiket seludup migran ditahan cuba sogok polis RM50,000
Seramai 16 pendatang tanpa izin warga Myanmar terdiri daripada 11 lelaki, empat wanita dan seorang kanak-kanak turut ditahan dalam operasi berkenaan.
Cuba seludup 82,000kg kelapa semasa banjir
PGA turut menahan dua lelaki berusia 38 dan 40 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup barangan terbabit.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
KPDN Kelantan akui minyak masak paling banyak diseludup ke Thailand
Wujud permintaan tinggi daripada penduduk Thailand memandangkan ia dijual pada harga yang jauh lebih mahal berbanding di Malaysia.
Polis rampas 41,000kg kelapa cuba diseludup ke negara jiran
Hasil pemeriksaan mendapati buah berkenaan tidak mempunyai dokumen yang sah dipercayai untuk diseludup.
Polis rampas 5,000 rokok elektronik bernilai lebih RM500,000 di Tumpat
Polis merampas sebanyak 5,000 unit rokok elektronik yang dianggarkan bernilai RM525,000 yang disyaki untuk diseludup ke pasaran tempatan.
PGA Kelantan rampas 40,000 pokok orkid seludup bernilai RM2.1 juta
Kegiatan penyeludupan berjaya dipatahkan ketika sekatan jalan raya di Chabang Empat Salam, Rantau Panjang pada kira-kira pukul 10.30 pagi.
PGA8 rampas 1,000kg beras seludup di Pasir Mas
PGA8 merampas 1,000kg beras bernilai RM14,260 yang dipercayai diseludup masuk dari Thailand dalam Op Taring Wawasan.
Rakyat Malaysia disyaki seludup dadah ditahan di Singapura
Menurut CNB Singapura, lelaki itu ditahan di sekitar Chin Swee Road dalam satu operasi yang dijalankan pada malam Isnin.
SPRM tahan pengarah agensi penguat kuasa disyaki lindungi sindiket seludup minyak diesel bersubsidi
Lelaki itu ditahan petang tadi bagi dirakam keterangan di Pejabat SPRM Sarawak dan kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM berserta seorang penjamin.