awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peguam beri keterangan polis berhubung penyelewengan dana awam RM53,000

Bernama
Bernama
01/12/2023
22:45 MYT
Peguam beri keterangan polis berhubung penyelewengan dana awam RM53,000
Peguam Hafiz Norkhan (kiri) berkata, polis memanggilnya untuk memberi keterangan pada hari ini susulan laporan polis yang dibuat oleh ayah Dea Maisarah, Bada Hussein, yang juga anak guamnya pada 17 Nov lepas. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang peguam pada Jumaat memberi keterangan kepada polis berhubung seorang aktivis yang didakwa menyeleweng dana sumbangan awam untuk pengurusan kematian Dea Maisarah Bada berjumlah RM53,000.
Peguam Hafiz Norkhan berkata, polis memanggilnya untuk memberi keterangan pada hari ini susulan laporan polis yang dibuat oleh ayah Dea Maisarah, Bada Hussein, 48, yang juga anak guamnya pada 17 Nov lepas berhubung dakwaan penyelewengan itu.
"Kami sudah menyerahkan kepada pihak polis termasuk bukti transaksi dibuat oleh orang awam yang menunjukkan adanya penyelewengan dalam kes ini," katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, pada Jumaat.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima empat laporan polis membabitkan syarikat kendalian aktivis itu antara 26 Okt dan 17 Nov lepas yang dibuat di IPD Wangsa Maju dan dirujuk ke JSJK Bukit Aman.
Sebelum ini, media melaporkan Dea Maisarah, 10, hadir ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) bersama bapanya pada 9 Julai lepas sebelum disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#peguam
#seleweng dana
#pengurusan kematian
#Dea Maisarah Bada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan