awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'I LITE U': Penutupan Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang bermula 8 pagi esok
Proses kenal pasti mangsa kebakaran di pusat peranginan Switzerland mungkin ambil masa
Polis siasat insiden lelaki meluru ke arah kereta sedang bergerak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peguam dalangi komplot jenayah, cipta bahan untuk calar reputasi - Latheefa

Astro Awani
Astro Awani
13/01/2020
14:08 MYT
Peguam dalangi komplot jenayah, cipta bahan untuk calar reputasi - Latheefa
Latheefa Koya percaya komplot jenayah itu dilancarkan sebagai sebagai reaksi kepada pendedahan klip audio yang dibuat pada 8 Januari lalu. Foto ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Seorang peguam didakwa menjadi dalang satu komplot jenayah dengan terlibat mencipta dan mengedar bahan untuk mencemar reputasi peribadi Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya.
Perkara berkenaan didedahkan sendiri oleh Latheefa menerusi satu kenyataan kepada Astro AWANI.
"Pegawai khas saya akan membuat satu laporan polis awal pagi besok dan akan menyerahkan bukti berkenaan ini pada pihak polis," maklum Latheefa.
Beliau percaya komplot jenayah itu dilancarkan sebagai sebagai reaksi kepada pendedahan klip audio yang dibuat pada 8 Januari lalu.
Klip audio kontroversi itu mendedahkan perbualan telefon antara suspek kes melibatkan sayap pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosman Mansor yang juga kini berdepan dengan pertuduhan di mahkamah.
Turut terlibat dalam klip audio itu adalah bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkefly Ahmad.
“Saya ingin menghantar satu mesej yang jelas kepada dalang-dalang disebalik ini, bahawa saya tidak tergugat atau terancam dalam terus melaksanakan tugas saya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Astro
#Astro Awani
#jenayah
#latheefah koya
#mahkamah
#Malaysia
#Najib Razak
#pelaburan
#polis
#Rasuah
#SPRM
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan