KUALA LUMPUR: Peguam Negara memohon kebenaran Mahkamah Tinggi di sini untuk memulakan prosiding komital terhadap bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Isham Jalil kerana dikatakan menghina mahkamah.
Dalam permohonan sebelah pihak yang difailkan pada 28 Dis lepas, Peguam Negara turut memohon mahkamah untuk memenjarakan atau mengenakan denda ke atas Isham atau nama sebenarnya Hizatul Isham Abdul Jalil selaku responden.
Permohonan itu difailkan berikutan satu temu bual bertajuk "Townhall For Justice: Keadilan Sebenarnya Untuk Siapa?" yang Isham dilaporkan mengulas proses perbicaraan dan rayuan membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes berkaitan syarikat SRC International dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ulasan Isham itu juga disiarkan di halaman Facebook "The Malaya Post" pada 30 Sept tahun lepas.
Pemohon mendakwa dalam temu bual itu, responden mempertikaikan proses pendengaran permohonan penarikan diri terhadap Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang menghakimi perbicaraan kes 1MDB di Mahkamah Tinggi di sini.
"Responden antara lain memberikan ulasan secara tersurat atau tersirat yang didakwa membawa maksud bahawa hakim itu bertindak secara berat sebelah dalam memutuskan permohonan berkenan.
Selain itu, responden juga mempertikaikan proses rayuan di Mahkamah Persekutuan dalam kes SRC International antara Datuk Seri Najib lawan Pendakwa Raya.
Responden memberi ulasan secara tersurat dan tersirat membawa maksud rayuan itu dihakimi secara tidak adil oleh panel Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara yang mendengar rayuan berkenaan," dakwa Peguam Negara dalam dokumen permohonan itu.
Peguam Negara juga mendakwa perkataan-perkataan diucapkan oleh responden dalam temu bual itu secara keseluruhannya mengandungi risiko yang nyata, yang boleh menggugat keyakinan orang awam ke atas Badan Kehakiman dan terjumlah kepada gangguan ke atas pentadbiran keadilan.
"Tindakan responden yang disebutkan mengaibkan Badan Kehakiman dan justeru, ia adalah campur tangan dalam pentadbiran keadilan serta suatu penghinaan yang serius," dakwanya.
Sementara itu, Isham dalam hantaran melalui Facebooknya hari ini berkata beliau akan melihat permohonan Peguam Negara itu.
"Mengikut laporan akhbar, mereka sudah menghantar permohonan ini secara sebelah pihak ke mahkamah. Saya akan melihat permohonan sebelah pihak mereka ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 06 2024

Peguam Negara memohon mahkamah untuk memenjarakan atau mengenakan denda ke atas Isham selaku responden. - Gambar fail/Astro AWANI

BYD atasi Tesla, catat pendapatan AS$107.2 bilion pada 2024
Pendapatan tersebut meningkat 29 peratus berbanding tahun sebelumnya, melebihi unjuran Bloomberg sebanyak CN766 bilion.

Pemandu kereta rempuh penunggang motosikal bawah jejambat ditahan
Siasatan awal mendapati, penunggang motosikal yang berhenti di lorong kecemasan di bawah jejambat, dirempuh sebuah kereta dari belakang.

'Yayasan Amal Malaysia terima dana USAID - fitnah jahat'
Mohd Razali berkata, YAM beroperasi secara bebas dengan berlandaskan prinsip ketelusan, integriti dan kebertanggungjawaban dalam setiap inisiatif.

Agensi pelarian PBB gantung hampir semua bantuan perubatan di Mesir
Mulai sekarang, agensi PBB hanya boleh membiayai rawatan kecemasan dalam situasi yang mengancam nyawa, kata jurucakap UNHCR.

Turkiye penting untuk keselamatan Eropah, kata Erdogan
Erdogan menegaskan bahawa Eropah tidak boleh memastikan keselamatannya tanpa Turkiye.

Pesuruhjaya Perdagangan EU ke Washington untuk elak perang perdagangan
Sefcovic dijadualkan bertemu dengan Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick, dan Wakil Perdagangan, Jamieson Greer.

Angola tarik diri sebagai pengantara konflik DR Congo - Presiden
Pengantara baharu akan dikenal pasti dalam beberapa hari akan datang, kata presiden Angola dalam satu kenyataan.

Kesuma galak syarikat media buat caruman wartawan, jurufoto sambilan
Setakat tahun lepas, seramai 700 orang wartawan dan 500 jurugambar sambilan telah melakukan caruman dalam skim perlindungan sosial.

Singapura rampas e-vaporiser bernilai lebih AS$150,000
HSA dan ICA memaklumkan bahawa e-vaporiser tersebut dirampas dalam dua operasi berasingan.

MAHB bersedia mengukuhkan rangkaian, sambungan di Routes Asia 2025
Syarikat itu mahu melibatkan diri dalam rangkaian yang berharga, mendapatkan pandangan mengenai trend pasaran terkini.

Trump batal kebenaran akses keselamatan Harris, Clinton dan pesaing politik lain
Trump mengarahkan pembatalan kebenaran akses keselamatan beberapa pesaing politik berprofil tinggi, termasuk Kamala Harris dan Hillary Clinton.

Pindaan Akta 711 beri lebih perlindungan kepada pelapor salah laku – KRPPM
Pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Akta 711) bakal memperkasa pemberi maklumat untuk melaporkan salah laku kepada agensi penguatkuasaan.

Perhimpunan di Sabah: Polis buka dua kertas siasatan, namun tiada pertuduhan - KPN
Polis membuka dua kertas siasatan berhubung perhimpunan yang diadakan di hadapan Menara Kinabalu iaitu pusat pentadbiran negeri Sabah pada 31 Dis tahun lepas.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Februari 2025.

Peguam Negara bantah permohonan lantik peguam pemerhati dalam kes Najib
Semakan kehakiman itu berhubung dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

SPRM main peranan aktif dalam pindaan Akta Perlindungan pemberi maklumat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan aktif dalam usaha meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang kini di peringkat sesi libat urus.

Rayuan AG untuk ketepikan kebenaran Rosli Dahlan mulakan semakan kehakiman ditolak
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang beri kebenaran kepada peguam Rosli Dahlan untuk memulakan semakan kehakiman terhadap PDRM, Imigresen dan kerajaan.

Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan'
Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat seru kerajaan perkenalkan Akta Good Samaritan untuk menyediakan perlindungan undang-undang kepada orang awam.

Jabatan Peguam Negara kembalikan semula kertas siasatan PDRM babitkan Khairy - KPN
Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan semula kertas siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, bagi mendapatkan beberapa maklumat tambahan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Januari 2025.