awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pejabat Daerah rancang strategi tangani banjir di Janda Baik

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
11/05/2022
09:14 MYT
Pejabat Daerah rancang strategi tangani banjir di Janda Baik
Pejabat Daerah Bentong akan melakukan kerja-kerja mendalamkan dan menguatkan benteng sungai bagi mengelak kejadian sama berulang. - Foto Astro AWANI
BENTONG: Hujan lebat berterusan selama dua jam pada jam 4.00 pagi hingga 6.00 pagi tadi dipercayai menjadi punca berlakunya tanah runtuh dan banjir kilat di beberapa kawasan di kawasan Janda Baik hari ini.
Tinjauan Astro AWANI mendapati, kebanyakan rumah berhampiran sungai terjejas teruk, ada yang dinaiki air sehingga paras pinggang malah chalet dan lokasi pelancongan di kawasan itu juga banyak mengalami kerosakan.
Banjir dilihat sudah surut sepenuhnya dan penduduk terjejas pula sedang sibuk membersihkan rumah mereka yang dipenuhi lumpur.
Pegawai Daerah Bentong, Mohd Khuzaidi Harun berkata, dalam masa terdekat, pihaknya akan melakukan kerja-kerja mendalamkan dan menguatkan benteng sungai bagi mengelak kejadian sama berulang.
"Puncanya adalah disebabkan hujan lebat dari jam 4.00 hingga 6.00 pagi. Sebanyak 140 buah rumah terjejas disebabkan banjir kilat, melibatkan kira-kira 450 orang mangsa.
"Kampung yang terlibat adalah Kampung Janda Baik, Kampung Sumsum, Kampung Cherengin dan Kampung Chemperoh.
"Untuk banjir kali ini, tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka. Anggaran kerosakan pula, kita masih dalam penyediaan anggaran. Masih belum dapat dikira (anggaran kerosakan)," katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Tambah beliau, perancangan untuk jangka masa panjang pula adalah melaksanakan projek tebatan sungai di semua sungai berisiko.
Katanya lagi, buat masa ini bantuan seperti kit makanan, peralatan rumah dan barangan lain seperti tilam, bantal dan baju sudah disalurkan kepada penduduk terjejas.
Dalam pada itu, Ketua Penolong Pegawai Daerah Bentong, Shariful Hakim Suman berkata, agensi penyalamat kini berada dalam keadaan siap siaga sentiasa.
Jelasnya, walaupun air sudah surut namun mereka tetap dalam mod bersedia untuk sebarang kemungkinan berlakunya peningkatan paras air secara mendadak.
"Kalau kita tengok, cuaca pada waktu ini pun tidak menentu. Jadi, bila-bila masa sahaja bencana banjir ini boleh berlaku.
"Jadi, semua dalam keadaan bersedia sekarang," ujarnya.
Tiada mangsa maut atau cedera dilaporkan dalam insiden itu dan tiada PPS dibuka setakat ini.
Untuk rekod, beberapa kawasan sama di Janda Baik juga dilanda banjir pada hujung tahun lepas dan insiden sama berulang semula pada awal pagi Rabu.
Topic Berkaitan
#banjir
#Janda Baik
#Bentong
#Pejabat Daerah Bentong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan