awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pejabat JPJ seluruh negara akan ditambah baik secara berfasa - Loke

Bernama
Bernama
02/01/2025
08:45 MYT
Pejabat JPJ seluruh negara akan ditambah baik secara berfasa - Loke
Loke berkata inisiatif berkenaan penting untuk meningkatkan mutu perkhidmatan JPJ.
PUTRAJAYA: Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara akan ditambah baik secara berfasa menggunakan konsep baharu yang lebih mesra pelanggan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata inisiatif berkenaan penting untuk meningkatkan mutu perkhidmatan agensi itu.
"Kita (Kementerian Pengangkutan) belum dapat buat anggaran, kita siapkan pejabat Putrajaya dahulu, tetapi ada dua, tiga tempat lagi (pejabat) yang kita tahu memang selalu sesak dan akan diberikan keutamaan terlebih dahulu.
"Kita juga akan melihat untuk pembukaan satu lagi pejabat di Nilai dalam masa terdekat supaya dapat menyelesaikan kesesakan di kawasan seperti Bangi, Kajang dan sebagainya sebab memang kita tahu bahawa JPJ Bangi antara yang paling sibuk sebab beroperasi di lot kedai," katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Pejabat Baharu JPJ di sini hari ini.
Ditanya sekiranya Kementerian Pengangkutan telah membuat permohonan peruntukan kepada Kementerian Kewangan, Loke berkata pihaknya masih belum berbuat demikian.
"Disebabkan ini adalah inisiatif baharu, pendekatan kita adalah kita tunjukkan dahulu kemampuan kita dan juga apa pendekatan kita untuk meyakinkan (Kementerian Kewangan) baru kita mohon peruntukan," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Loke berkata pejabat baharu JPJ itu menawarkan kemudahan moden yang lebih kondusif, dengan kapasiti lebih besar untuk menampung pelanggan.
Jumlah perkhidmatan yang ditawarkan telah diperluas daripada 27 jenis urus niaga kepada 106.
Pejabat baharu itu juga dilengkapi dengan teknologi seperti JPJ Assist dan perkhidmatan kios untuk membolehkan pelanggan menyelesaikan urusan.
JPJ juga hari ini memperkenalkan fungsi baharu pembayaran saman melalui MyJPJ yang membolehkan orang ramai menyelesaikan saman dengan lebih mudah terus daripada telefon bimbit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#pejabat JPJ
#tambah baik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan