Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi (PTAB) mewujudkan laman web rasminya iaitu www.ptab.jpm.my bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat mengenai bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri, laman web itu juga diwujudkan untuk kemudahan orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Laman web dwibahasa itu antara lain memaparkan maklumat biografi, kerjaya, kejayaan serta penglibatan semasa Abdullah.
PTAB yang mula beroperasi di Menara Prisma, Presint 3, Putrajaya pada 1 Ogos 2009, bertanggungjawab menguruskan serta menyelaras pelbagai aktiviti dan program rasmi Abdullah.
Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dibuka secara rasmi pada 17 Okt 2012 pula terletak bersebelahan PTAB.
Ia mempamerkan, antara lain, koleksi pingat atau darjah kebesaran, anugerah doktor kehormat dan cenderamata yang dihadiahkan jabatan kerajaan, swasta, orang perseorangan dan ketua-ketua negara sewaktu Abdullah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri sehingga beliau menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia kelima.
Bernama
Thu Feb 13 2014
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Pelan Tindakan Nasional Mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia akan dilancarkan menjelang 2025 - Azalina
NAP-BHR akan dilancarkan Januari tahun depan, menandakan kemajuan signifikan ke arah integrasi pertimbangan hak asasi manusia dalam amalan perniagaan negara.
MITRA tangguh permohonan geran PPSMI 2025
MITRA memutuskan untuk menangguh permohonan geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Kerajaan pertimbang pelarasan elaun Kor Sispa - Ahmad Zahid
Jabatan Perdana Menteri diminta memperhalusi cadangan tersebut bagi meringankan beban kewangan pelatih serta sebagai usaha menarik minat pelajar menyertai pasukan sukarelawan itu.
PM Anwar iktiraf peranan penjawat awam tingkat kejayaan negara
Perdana Menteri mengiktiraf peranan penting yang dimainkan penjawat awam dalam usaha membantu meningkatkan prestasi dan menjamin kejayaan negara.
Dewan Negara lulus tiga RUU di bawah Jabatan Perdana Menteri
RUU bagi meminda akta yang berkuat kuasa sejak 1957 itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas 21 Senator.
PM Anwar rai 1,019 warga JPM cemerlang, pesara di Majlis Apresiasi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meraikan seramai 1,019 warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang cemerlang dan bersara sempena Majlis Apresiasi Tahun 2024 Jabatan Perdana Menteri.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Agong berkenan berangkat ke majlis Rumah Terbuka JPM
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Madani Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
Jemaah menteri putuskan MITRA dikembalikan semula ke JPM - Fahmi
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) kini dikembalikan semula ke Jabatan Perdana Menteri daripada Kementerian Perpaduan Negara.