Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad didaftarkan secara rasmi hari ini dan menggunakan huruf Jawi ‘Pa’ sebagai logo.
Bakal Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjelaskan, logo berwarna ‘biru pantone’ itu turut terdapat tiga titik yang bermaksud rukun Islam, rukun Iman dan rukun negara.
“Nama parti guna lambang dengan huruf 'Pa', bermaksud pejuang dengan tiga titik di atas, melambangkan tiga rukun – Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara.
“Kita harap ini menjadi satu simbol perjuangan kita khususnya masyarakat Melayu dan amnya rakyat Malaysia,” katanya selepas menyerahkan borang permohonan pendaftaran parti itu di Pendaftar Pertubuhan.
BACA: Tun M kongsi gambar di IG, dipercayai daftar Pejuang
Selain Muhkriz dan Dr Mahathir, lima lagi nama diserahkan sebagai jawatan kuasa penaja Pejuang.
Lima penaja itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Maszlee Malik, Datuk Seri Marzuki Yahya, Datuk Shahrudin Salleh dan Datuk Nur Khairi Ahmad.
Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak hadir di Pejabar Pendaftar Pertubuhan.
Mukhriz berharap Pendaftar Pertubuhan dapat meluluskan Pejuang dengan segera agar mereka dapat menyertai proses demokrasi negara secara rasmi.
"Seperti biasa ROS akan meneliti setiap butiran permohonan ini untuk pastikan kita memenuhi semua syarat dalam Akta Pertubuhan 1966.
"Kita harap pihak ROS dapat meluluskan pendaftaran ini sesegera yang mungkin, agar kami dapat ambil peranan secara langsung dalam demokrasi di negara ini sebagai parti berdaftar," katanya lagi.
Mukhriz dan lima yang lain menyerahkan borang permohonan kepada Ketua Pengarah ROS, Masyati Abang Ibrahim.
Pada 7 Ogos lalu, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharu yang bernama Pejuang.
Parti itu, katanya tidak terikat atau menyokong mana-mana gabungan parti sama ada Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN).
Irwan Muhammad Zain
Wed Aug 19 2020
Logo berwarna biru pantone itu turut terdapat tiga titik yang bermaksud rukun Islam, rukun Iman dan rukun negara.
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Tun Mahathir tinggalkan Pejuang bersama 12 lagi ahli
Bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir mengumumkan keluar parti bersama beberapa ahli lain pada Jumaat.
Isteri calon PRU15 Kubang Pasu Amiruddin Hamzah meninggal dunia
Amiruddin memaklumkan jenazah disolatkan di Masjid Kariah Pantai, Seremban jam 10 pagi tadi.
PRN Melaka: Pejuang kemungkinan tidak letak calon
Namun, kata Amiruddin, keputusan itu boleh berubah pada saat akhir sekiranya keadaan diyakini lebih selamat.
Parlimen perlu bersidang secara kendiri - Pejuang
Ia bagi memenuhi tanggungjawab Ahli-ahli Parlimen membahas dan memutuskan tindakan perlu bagi membawa negara keluar dari krisis-krisis kesihatan, politik, ekonomi dan sosial.
Mahkamah perintah Menteri Dalam Negeri putuskan rayuan pendaftaran Pejuang dalam 14 hari
Hakim membenarkan permohonan Pejuang untuk semakan kehakiman terhadap tindakan Menteri Dalam Negeri dan RoS yang belum membuat keputusan terhadap rayuan mereka untuk mendaftarkan parti itu.
Pejuang ada beberapa strategi untuk didaftarkan - Dr Mahathir
Dr Mahathir menjelaskan, beliau tidak akan mendedahkan strategi yang telah dirancang untuk memastikan Pejuang berjaya didaftar.
Pejuang fail permohonan semakan kehakiman terhadap JPPM
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) termasuk pertubuhan itu sendiri.
Belanjawan 2021: Pejuang bantah keputusan had 80 ahli Parlimen di Dewan Rakyat
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) membantah keputusan mengehadkan 80 ahli Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat menjelang pembentangan Belanjawan 2021.
Tiga bulan berlalu, status pendaftaran Pejuang jadi tanda tanya
JPPM seolah-olah menjadi alat kerajaan bermotifkan politik, sehingga boleh menimbulkan kecurigaan dalam kalangan rakyat, tegas Amiruddin.
Amiruddin kemuka surat Usul Tidak Percaya terhadap PM
Datuk Amiruddin Hamzah memaklumkan beliau telah menghantar surat berkenaan Usul Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dibentangkan di Dewan Rakyat.