KUALA LUMPUR: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berharap persidangan Parlimen kali ini dapat dijalankan secara penuh dan bukan sehari seperti yang dilakukan pada 18 Mei tahun lalu.
Menurut satu kenyataan media pada Khamis, kenyataan berkenaan menyebut, persidangan kali ini perlu mengikut takwim asal tanpa memendekkan sesi persidangan.
Kenyataan dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Marzuki Yahya, Datuk Amiruddin Hamzah dan Datuk Shahruddin Salleh itu turut menekankan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiada alasan lagi untuk tidak memastikan sidang diadakan mengikut tempoh ditetapkan.
Parti itu yang masih menunggu kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), berkata ia amat penting memandangkan bukan sahaja keabsahan Perdana Menteri dipertikaikan, malah masalah ekonomi, pandemik COVID-19 dan pentadbiran yang kucar-kacir mengakibatkan kesusahan dan keresahan di kalangan rakyat.
BACA: Pendaftaran Pejuang, MUDA ditolak kerana perlembagaan parti tidak teratur - Hamzah
BACA: Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat - Agong
“Kami juga bersependapat dengan pandangan bahawa, DYMM Yang di-Pertuan Agong tidak perlu mendapat nasihat daripada Perdana Menteri untuk memanggil sidang Parlimen kerana kuasa itu terletak di tangan Seri Paduka Baginda semasa negara dalam tempoh darurat.
“Tambahan pula, keabsahan (legitimacy) YAB Perdana Menteri dipertikaikan dan dengan itu beliau tidak lagi layak untuk menasihatkan DYMM Yang di-Pertuan Agong,” jelas kenyataan itu.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai atas nasihat Perdana Menteri.
Faris Danial Razi
Thu Feb 25 2021

Pejuang menuntut persidangan kali ini mengikut takwim asal tanpa memendekkan sesi persidangan. - Gambar fail

AWANI Ringkas: Elak gelombang keempat COVID-19 | Bazar boleh diarah tutup bila-bila masa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lelaki dibunuh, mayat ditinggal dalam kebun getah
Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan kecederaan dipercayai dibunuh dalam sebuah kebun getah di Kampung Banggol Batu.

COVID-19: Australia sahkan individu kedua alami darah beku selepas suntikan AstraZeneca
Australia mengesahkan individu kedua telah didiagnosis dengan masalah darah beku selepas menerima vaksin COVID-19 AstraZeneca.

AWANI Ringkas: Nilai R Naught meningkat | Pelajar Malaysia selamat dikebumi

COVID-19: Kes positif global melebihi 137.05 juta, kematian lebih 2.95 juta
Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.32 juta kes positif diikuti India dan Brazil.

AS tangguh penggunaan vaksin J&J susulan kes pembekuan darah
Ini bagi memberi ruang siasatan berkaitan laporan wujudnya masalah pembekuan darah kesan daripada penggunaan vaksin tersebut.

CEV: Pelumba ZK Racing azam sekat dominasi Jepun
Lima kejayaan podium yang diraih di Qatar menggambarkan betapa kedua-duanya mahu terus menggegar.

Kelompok pertama vaksin atlet berjalan lancar
Daripada jumlah itu, 35 orang merupakan atlet Paralimpik dan 93 orang pula adalah atlet negara yang sudah dan dalam bayangan layak ke Sukan Olimpik Tokyo.

Tentera AS bakal berundur dari Afghanistan 11 Sept depan
Amerika Syarikat bakal mengundurkan tenteranya dari Afghanistan menjelang 11 September depan.

ICERD: Saya bukan menteri bertanggungjawab - Saifuddin Abdullah
ICERD terkandung di dalam manifesto Pakatan Harapan dan pernah diucapkan Dr Mahathir di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2018.

Najib masih Perdana Menteri Malaysia paling teruk - Tun M
Dr Mahathir kekal dengan pendirian menolak sokongan terhadap kerajaan Muhyiddin yang beliau percaya telah memberi nafas baru kepada Najib.

Tulisan jawi identiti negara, perlu dipertahan dan diperkasa - PM Muhyiddin
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tulisan jawi adalah sebahagian daripada identiti negara yang bukan sahaja perlu dipertahankan tetapi diperkasakan kembali.

Sarawak Memilih: Kenyataan Zuraida timbulkan keraguan - Abdul Karim
Naib Presiden PBB, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan bahawa calon yang akan bertanding dalam PRN12 di Sarawak hanya terdiri daripada pemimpin komponen GPS.

PM Muhyiddin umum peruntukan RM4 juta untuk penganut Sikh
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM4 juta untuk penganut agama Sikh tahun ini bagi memperkukuh komuniti itu di negara ini.

PKS perlu manfaatkan sebaiknya #SayaDigital
Peluang tersebut harus digunakan sebaiknya dalam meningkatkan perniagaan mereka.

#SayaDigital bakal percepatkan pertumbuhan masyarakat celik digital
Program #SayaDigital anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) akan menjadi kesinambungan daripada inisiatif MyDigital bagi mempercepat pertumbuhan masyarakat celik digital di negara ini.

Ketetapan sokong PN, Muhyiddin pada Perhimpunan Agung MIC
Perhimpunan Agung Tahunan MIC Ke-74 yang baru diadakan di Bandar Diraja Kelang kali ini dianggap panas dan cukup mengejutkan pemimpin UMNO.

PM lancar Perkhidmatan Awan dan Keselamatan Siber TM
Perkhidmatan Awan dan Keselamatan Siber TM merupakan Rangka Tindakan (Blueprint) ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) menerusi penyedia perkhidmatan terurus TM.

Perkhidmatan Awan dan Keselamatan Siber bolehkan kerajaan perluaskan perkhidmatan pintar
Perkhidmatan berkenaan akan menyediakan keupayaan yang lengkap merangkumi perkhidmatan awan secara menyeluruh.

Peranan JKM terus diperkasa
Antara inisiatif itu termasuk penstrukturan semula JKM dan pemberian elaun khas kepada warga kerja yang berkhidmat di kawasan berisiko seperti institusi warga emas dan OKU.