awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PEKA mahu pembangunan di Hutan Kekal Lentang dihentikan

Anthea Yap
Anthea Yap
12/11/2015
10:28 MYT
PEKA mahu pembangunan di Hutan Kekal Lentang dihentikan
Shariffa Sabrina (gambar) mendakwa punca kejadian banjir lumpur di kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak adalah akibat aktiviti pembalakan tidak terkawal.
Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) menggesa pembangunan di kawasan Hutan Lipur Kekal Lentang dihentikan serta-merta.
Presidennya, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil mendakwa punca kejadian banjir lumpur di kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak adalah akibat aktiviti pembalakan tidak terkawal.
Beliau berkata, ia berpunca daripada ekologinya yang terjejas akibat projek laluan Tenaga Nasional Malaysia Berhad (TNB) dari Bentong ke Lenggeng, Negeri Sembilan.
Katanya, kejadian banjir lumpur akan menjadi lebih serius sekiranya kegiatan penerokaan hutan di Bukit Tinggi dan Hutan Lipur Lentang tidak dihentikan apabila ia membabitkan jajaran utama di Pahang.
"Tetapi sekiranya pihak terbabit masih meneruskan aktiviti pembalakan di kawasan Lentang, Janda Baik, Bukit Tinggi dan Genting Highland, mendapan akan berlaku dan lebuh raya itu akan runtuh," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, hari ini.
Susulan kejadian terbaharu ini, Shariffa meminta kerajaan pusat dan negeri mengambil tindakan segera bagi mengelakkan kejadian ini daripada berulang.
"PEKA sudah beberapa kali menegur, merayu dan pelbagai usaha dilakukan dengan memberi nasihat kepada kerajaan pusat dan negeri supaya pembangunan yang akan merosakkan alam sekitar perlu dihentikan," katanya.
Sebelum ini, PEKA pernah menghantar surat bantahan secara rasmi kepada kerajaan negeri pada 20 Januari lalu bagi menyuarakan kebimbangan kesan susulan daripada aktiviti penerokaan hutan tanpa kawalan.
Kerja pembukaan hutan itu telah dimulakan sejak akhir Oktober 2013 di sebalik beberapa siri bantahan dianjurkan PEKA.
Topic Berkaitan
#Hutan Lipur Kekal Lentang
#PEKA
#Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia
#Shariffa Sabrina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan