awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekan daerah terbaharu dilanda banjir, mangsa di PPS Pahang meningkat

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
12/12/2022
15:48 MYT
Pekan daerah terbaharu dilanda banjir, mangsa di PPS Pahang meningkat
Pekan menjadi daerah terbaharu dilanda banjir dengan menyaksikan jumlah mangsa di Pahang kembali meningkat kepada 444 orang setakat jam 8 malam Isnin berbanding 405 orang pada jam 4 petang. - Gambar fail
PEKAN: Pekan menjadi daerah terbaharu dilanda banjir dengan menyaksikan jumlah mangsa di Pahang kembali meningkat kepada 444 orang setakat jam 8 malam Isnin berbanding 405 orang pada jam 4 petang.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang dalam satu kenyataan berkata, kesemua mangsa di negeri itu ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Ia termasuk sebuah PPS baharu yang dibuka petang Isnin di Sekolah Kebangsaan (SK) Sinar Mutiara, Pekan yang menempatkan seramai 46 mangsa daripada 10 keluarga.
"Di Temerloh, jumlah terkini mangsa yang terjejas masih berada di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Semantan, iaitu seramai 363 mangsa daripada 108 keluarga yang terjejas.
"Di Bera pula, seramai 26 orang mangsa daripada tujuh keluarga masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Buntar yang dibuka sejak Jumaat lalu dan sembilan mangsa daripada tiga keluarga ditempatkan di PPS SK Kerayong," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ujarnya lagi, tiga daerah iaitu Jerantut, Raub serta Lipis telah menutup PPS masing-masing berikutan semua mangsa sudah pulang ke rumah masing-masing bermula pukul 2 petang tadi.
Topic Berkaitan
#banjir pahang
#musim tengkujuh
#mangsa banjir meningkat
#berita Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan