awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penolong pengurus rugi lebih RM1.3 juta angkara "phone scam"
Seludup e-waste: Veteran ATM bersara awal diserap untuk perkuat AKPS - Shuhaily
KKM batal notifikasi produk kosmetik beracun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekebun didakwa bunuh rakan guna pisau

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/11/2021
06:31 MYT
Pekebun didakwa bunuh rakan guna pisau
Pekebun, S. Alphonsus, 40, (dua, kanan) dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan membunuh rakannya 4 November lepas. - Foto BERNAMA
IPOH: Seorang pekebun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin atas tuduhan membunuh seorang lelaki yang juga rakannya, dua minggu lalu.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, S Alphonsus, 40, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Melati Diana Abd Wahab.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa membunuh R Ravindran, 35, dengan menggunakan pisau di Jalan Persiaran Jelapang 18, Taman Silibin, Ipoh antara jam 1 hingga 2 pagi pada 4 November lepas. 


Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Sementara itu di mahkamah yang sama, tertuduh mengaku tidak bersalah atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya.
Dia didakwa memasukkan dadah jenis methamphetamine ketika pemeriksaan ujian saringan air kencing ke atasnya dibuat di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh sekitar 11 malam pada 6 November lepas.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM5,000 atau hukuman penjara sehingga dua tahun. 
 
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fatimah Hannah Abd Wahab manakala tertuduh diwakili Peguam JK Kala. 
 
Semasa prosiding kes, Fatimah memohon kepada mahkamah supaya menetapkan tarikh sebutan semula untuk laporan bedah siasat dan patologi.
Mahkamah kemudian menetapkan 9 Februari 2022 depan untuk sebutan kedua-dua kes berkenaan.
Topic Berkaitan
#bunuh rakan
#tuduhan bunuh
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#guna pisau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan