PUTRAJAYA: Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 hari ini bersetuju untuk membenarkan kemasukan pekerja asing, khususnya dalam sektor perladangan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Kebenaran itu, bagaimanapun, kata Ismail Sabri, harus tertakluk kepada beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang akan dikuatkuasakan kepada semua sektor yang ditetapkan dan diluluskan secara case-by-case basis.
Jelasnya lagi, kelulusan itu juga tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pekerja Asing yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin) dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.
“Kuota dan tarikh kemasukan pekerja asing bagi sektor pekerjaan yang lain adalah tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Bersama Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia,” kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi SOP kemasukan pekerja asing, Ismail Sabri berkata, ia dibahagikan kepada tiga kategori – Pra-Pelepasan; Semasa Ketibaan dan Selepas Ketibaan (tempoh kuarantin).
Untuk SOP Pra-Pelepasan, jelas beliau, pekerja asing perlu menerima vaksin lengkap yang diperakui WHO, melakukan ujian RTC-PCR 72 jam sebelum tiba dan mempunyai sijil vaksinasi sebagai bukti.
Sementara untuk SOP Semasa Ketibaan pula, beliau berkata, hanya satu pintu masuk iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan KLIA 2 sahaja dibenarkan, kecuali pekerja asing dari Thailand - kru vessel penangkapan ikan tempatan melalui laluan darat seperti Bukit Kayu Hitam, Wang Kelian, Betong dan Rantau Panjang.
Selain itu, Perdana Menteri berkata, pekerja asing harus berurusan dengan wakil majikan serta agensi kerajaan yang berkaitan dan mereka perlu melalui laluan khas.
Untuk SOP Selepas Ketibaan, tempoh kuarantin diselaraskan selama tujuh hari dan perlu dilakukan di pusat kuarantin yang diiktiraf kerajaan di sekitar Lembah Kelang.
Bagaimanapun, jelasnya lagi, pengecualian diberikan kepada pekerja asing Thailand yang bekerja sebagai kru vessel penangkapan ikan tempatan di mana mereka perlu menjalani kuarantin di pusat berhampiran pintu masuk sempadan negara.
Selain itu, Perdana Menteri berkata, kesemua mereka harus melakukan RT-PCR pada hari kedua, dan kelima sewaktu tempoh kuarantin.
“Sekiranya positif, kes kategori 1 atau 2 perlu disolasi di PKRC swasta, manakala kes kategori 3, 4 dan 5 perlu dirujuk ke hospital swasta,” katanya lagi.
Menurut Ismail Sabri lagi, sekiranya negatif, pekerja asing akan dibawa ke premis bekerja melalui kenderaan yang disediakan majikan.
Tambahnya lagi, mereka juga perlu melalui prosedur biasa seperti pendaftaran dengan Foreign Workers' Medical Examination Online (FOMEMA) serta lain-lain syarat yang ditetapkan majikan.
Firdaus Azil
Fri Oct 22 2021
Beberapa SOP akan dikuatkuasakan kepada semua sektor yang ditetapkan, dan diluluskan secara case-by-case basis, kata Perdana Menteri. - Gambar fail
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Kerajaan kaji mekanisme terbaik pelaksanaan caruman KWSP pekerja asing
Kerajaan sedang menjalankan kajian terperinci bagi mengkaji mekanisme pelaksanaan terbaik caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing, kata Kementerian Kewangan (MoF).
Pembinaan CLQ perlu patuhi garis panduan - Chow
Terdapat garis panduan yang membenarkan pembinaan penginapan pekerja berpusat (CLQ) bagi pekerja warga asing, namun ia tertakluk kepada pematuhan oleh pihak pemohon bagi projek itu.
Cadangan caruman KWSP terhadap pekerja asing untuk tangani isu gaji - Amir Hamzah
Cadangan caruman KWSP terhadap pekerja asing bertujuan menangani isu gaji di Malaysia, memastikan pekerja tempatan turut mendapat manfaat.
MIDF sasar sedia inisiatif pembiayaan sedia masa depan RM200 juta untuk PKS
Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) mahu menyediakan RM200 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui inisiatif Pembiayaan Sedia Masa Hadapan (FRF) yang baru dilancarkan.
Perkeso lancar Ops Kesan Pekerja Asing 2024 di seluruh negara
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Pekerja Asing 2024 secara serentak, melibatkan 54 pejabat Perkeso di seluruh negara.
Imigresen Sabah hantar pulang 24 warga China ke negara asal
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menghantar pulang 24 warga China ke negara asal melalui penerbangan secara terus dari Lapangan Terbang Tawau ke Guangzhou, China semalam.
24 PATI warga China diusir keluar dari Sabah
Program pemindahan tahanan PATI kali ini melibatkan 24 tahanan lelaki berusia antara 31 tahun sehingga 64 tahun.
Kerajaan diminta beri pencerahan mengenai caruman KWSP pekerja asing
Kerajaan diminta memberi pencerahan yang terperinci berhubung caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh pekerja asing seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025 baru-baru ini.
Sistem CIDBH - iENTRY tingkat pengurusan pekerja asing pembinaan
CIDB pada Isnin melalui anak syarikatnya CIDB Holdings Sdn Bhd melancarkan Sistem CIDBH - iENTRY bagi meningkatkan pengurusan pekerja asing dalam industi pembinaan.
SPRM tahan dua penguat kuasa minta rasuah lindung pekerja asing
SPRM menahan dua pegawai agensi penguat kuasa yang disyaki meminta rasuah sebagai balasan supaya tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pekerja warga asing di Sri Aman, Sarawak, semalam.