awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja Bangladesh maut di tapak pembinaan projek MRT

Bernama
Bernama
24/05/2015
23:40 MYT
Pekerja Bangladesh maut di tapak pembinaan projek MRT
Safikul, pekerja SP Mega Sdn Bhd, subkontraktor yang dilantik untuk menjalankan kerja-kerja konkrit bertetulang, terperangkap di bawah runtuhan itu. - Gambar Fail
Seorang pekerja Bangladesh maut dalam kemalangan di tapak pembinaan bawah tanah Tun Razak Exchange projek Mass Rapid Transit (MRT).
Pekerja itu, dikenali sebagai Safikul, 28, sedang menanggalkan struktur sementara yang digunakan untuk kerja-kerja pemasangan slab bersama sekumpulan pekerja lain apabila ia runtuh pada 1.15 pagi semalam.
Safikul, pekerja SP Mega Sdn Bhd, subkontraktor yang dilantik untuk menjalankan kerja-kerja konkrit bertetulang, terperangkap di bawah runtuhan itu.
Dia dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur tetapi meninggal akibat kecederaan, menurut kenyataan MMC Gamuda KVRT (T) Sdn Bhd, kontraktor utama bagi pakej bawah tanah MRT Lembah Klang.
Bagaimanapun, pekerja lain terselamat.
Kenyataan itu berkata SP Mega sedang membuat persiapan untuk memaklumkan kepada Suruhanjaya Tinggi Bangladesh bagi membawa balik jenazah Safikul ke negaranya selepas bedah siasat selesai.
Tapak kemalangan telah ditutup untuk siasatan lanjut, dan menambah semua pihak berkaitan seperti Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan telah dimaklumkan.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#MRT
#runtuh
#SP Mega
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan