KUALA LUMPUR: Akibat merompak seorang wanita warga Jepun dan menggunakan kad bank mangsa untuk membeli empat paket rempah kari, seorang pekerja besi buruk dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Norina Zainol Abidin menjatuhkan hukuman itu ke atas C. Selvam, 35, selepas dia mengaku bersalah bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, merompak sebuah beg milik Kayoko Shimada yang mengandungi kad bank, pasport, telefon bimbit dan wang tunai RM100 di kaki lima, Lorong Pudu 14 di Bukit Bintang di sini pada 7.10 pagi, 4 Mac.
Kesalahan itu mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.
Mahkamah turut memerintahkan Selvam menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh ditangkap iaitu pada 13 Mac.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Muhairi Mohamed Noh memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh dengan mengambil kira tertuduh telah menggunakan kad bank milik mangsa.
Peguam Kalwant Singh yang mewakili Selvam, memohon hukuman ringan dengan alasan anak guamnya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau selain perlu menanggung keluarga.
"Anak guam saya telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama. Dia menggunakan kad bank (mangsa) untuk membeli empat paket rempah kari bagi keperluan keluarganya," kata peguam itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 20 2024
Akibat merompak seorang wanita warga Jepun dan menggunakan kad bank mangsa untuk membeli empat paket rempah kari, seorang pekerja besi buruk dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini. - Gambar hiasan
Pelaksanaan mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka bermula Januari 2025
Mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka dilaksanakan pada Januari hadapan, selepas perinciannya dimuktamadkan dan diluluskan Jemaah Menteri, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.
Portal UP_TVET bertujuan untuk memudahkan proses permohonan
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dahulunya mengelirukan kini dibuat melalui satu saluran tunggal iaitu menerusi portal Unit Pengambilan TVET atau singkatannya UP_TVET yang dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Kerajaan digesa bawa Mala pulang dari penjara Nepal
Kerajaan didesak untuk membawa pulang seorang rakyat Malaysia yang meringkuk di penjara Nepal atas kesalahan Imigresen.
Jemaah lega dapat luah perasaan di Ranting Hati
Jemaah haji Malaysia melahirkan rasa lega kerana berpeluang meluahkan perasaan sejak tiba di Tanah Suci menerusi tulisan terapi naratif yang menghasilkan Ranting Hati, satu inisiatif terbaharu diperkenalkan oleh Unit Kaunseling Tabung Haji (TH) sebagai platform menangani cabaran sebagai tetamu Allah sepanjang operasi musim ini.
Proses penggapungan kapal ambil masa 21 jam
Kapal berdaftar di Singapura, Dali yang melanggar struktur Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland yang kemudiannya runtuh, mempunyai klasifikasi yang sah dan sijil berkanun yang meliputi integriti struktur kapal dan fungsi peralatannya. Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata kapal kargo itu juga telah menjalani dua pemeriksaan yang diluluskan oleh dua pelabuhan asing pada Jun dan September 2023 dengan klasifikasi dan tinjauan berkanun seterusnya dijangka pada Jun 2024.
Iran berkabung tiga hari
Iran memulakan tempoh berkabung tiga hari susulan kematian Presidennya, Ebrahim Raisi yang terlibat dalam nahas helikopter pada Ahad yang turut mengorbankan Menteri Luarnya Hossein Amirabdollahian.Rakyatnya menyatakan kesedihan terhadap pemergian pemimpin mereka yang dikatakan berjasa dalam memelihara tembok keselamatan negara dari peperangan di rantau bergolak itu.
Ebrahim Raisi, Hossein Amir-Abdollahian individu penting perjuang isu Palestin
Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan menteri luarnya, Hossein Amir-Abdollahian disifatkan sebagai antara individu penting dalam usaha masyarakat antarabangsa memperjuangkan isu Palestin.
Kerajaan jamin bawa pulang pegawai perubatan terkandas di Rafah
Kerajaan memberi jaminan akan membawa pulang pegawai perubatan di bawah MERCY yang terkandas di Rafah, Gaza.
Israel sekal laluan darat, situasi bertambah buruk
Sekatan Israel ke atas laluan darat melumpuhkan kemasukkan bekalan kemanusian ke Gaza dan dijangka memburukkan lagi situasi semasa di Gaza.
Netanyahu berdepan penolakan dunia, menteri dalam kabinet perang sendiri - Penganalisis
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata wajah sebenar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang dahagakan darah kini telah terdedah dan tidak lagi dapat menutup kepalsuan yang cuba dipaksakan kepada dunia. Jelasnya, Netanyahu bukan sahaja berdepan penolakan masyarakat antarabangsa bahkan juga tentangan dari dalam kebinet perangnya sendiri.
Pekerja besi buruk dipenjara enam tahun, satu sebatan rompak wanita warga Jepun
Akibat merompak seorang wanita warga Jepun dan menggunakan kad bank mangsa untuk membeli empat paket rempah kari, seorang pekerja besi buruk dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan.