awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan dua lagi lelaki bantu siasatan kes bunuh di Sg Bakap
Mohamad Hasan gesa rakyat Malaysia di luar negara kerjasama rapat dengan kedutaan
Penempatan semula mesin pengimbas di KLIA T1, tingkat keselamatan, lancar aliran penumpang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja binaan warga Bangladesh maut dihempap besi

Bernama
Bernama
14/09/2021
01:24 MYT
Pekerja binaan warga Bangladesh maut dihempap besi
Pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan luaran dan tiada unsur jenayah selain kejadian terbabit dilaporkan sebagai kemalangan di tempat kerja. - Gambar hiasan
PORT DICKSON: Seorang pekerja binaan warga Bangladesh maut selepas dihempap besi perancah di tapak projek pelupusan sampah di Tanah Merah, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata dalam kejadian jam 2 petang itu mangsa Shonamoni Ghosh, 38, yang tidak sedarkan diri dibawa ke Klinik Kesihatan Lukut untuk pemeriksaan lanjut, namun disahkan meninggal dunia semasa di klinik berkenaan.
"Siasatan awal di aras lapan di tapak projek tersebut mendapati lelaki itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dihempap besi 'scaffolding' yang mempunyai muatan 'metal deck'. Hasil 'swab test' pertama dijalankan ke atas lelaki berkenaan adalah negatif," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Jelasnya, pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan luaran dan tiada unsur jenayah selain kejadian terbabit dilaporkan sebagai kemalangan di tempat kerja.
Aidi Sham berkata berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maut dihempap besi
#warga Bangladesh
#pekerja binaan
#Aidi Sham Mohamed
#kemalangan di tempat kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan