awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja diberhentikan kerja dinasihat mendaftar dengan Job Malaysia

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
28/03/2016
07:17 MYT
Pekerja diberhentikan kerja dinasihat mendaftar dengan Job Malaysia
ISMAIL: Pendaftaran melalui atas talian itu adalah bagi memastikan maklumat mereka akan dapat disalurkan ke agensi swasta untuk mendapat pekerjaan baru. - Gambar fail
Mereka yang diberhentikan kerja dinasihatkan mendaftar dengan portal Job Malaysia bagi memastikan mereka terus mendapat peluang pekerjaan lain, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abdul Muttalib.
Menurutnya, pendaftaran melalui atas talian itu adalah bagi memastikan maklumat mereka akan dapat disalurkan ke agensi swasta untuk mendapat pekerjaan baru.
"Statistik Job Malaysia menunjukkan pada 2012, pendaftaran pekerja diberhentikan ialah 658 dan 87 penempatan pekerjaan. 2013 seramai 1,283 pendaftaran pekerja dan 330 pekerja diberhentikan.
"Pada 2014, 813 pendaftaran pekerja, 408 diberhentikan. 2015 pula 1,360 pendaftaran pekerja dan diberhentikan 733," katanya semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Antara usaha yang dilakukan Jabatan Tenaga Kerja (JKT) bagi membantu mereka yang diberhentikan ialah memaklumkan kepada individu berkenaan untuk memohon jawatan kosong yang ada.
"JKT juga menjemput mereka untuk menghadiri program anjuran jabatan. Latihan semula juga disediakan kepada mereka untuk membantu mereka mendapat latihan pasaran buruh," katanya lagi.
Kementeriannya juga telah mengambil langkah awal untuk memberitahu majikan agar mengelakkan pemberhentian pekerja terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.
"Antaranya, membekukan pengambilan pekerja baru kecuali bagi bidang yang kritikal agar pekerja yang sedia ada tidak diberhentikan. Selain itu, menghadkan kerja lebih masa bagi mengelakkan kos operasi daripada bertambah," ujar beliau.
Pada masa sama, majikan juga digalakkan mengurangkan kerja giliran dan waktu kerja harian, mengadakan program latihan semula dan mengenal pasti kerja-kerja alternatif.
"Majikan juga boleh melakukan pemberhentian kerja sementara dan mengurangkan gaji pekerja dengan secara adil iaitu merupakan langkah terakhir," kata beliau lagi.
Topic Berkaitan
#Ismail Abdul Muttalib
#Job Malaysia
#peluang pekerjaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan