awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kilang komen jelik terhadap PM direman dua hari

Sinar Harian
Sinar Harian
15/11/2023
07:49 MYT
Pekerja kilang komen jelik terhadap PM direman dua hari
Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan jam 9.30 malam di Melaka, pada Selasa. - Gambar hiasan
SEPANG: Seorang pekerja kilang ditahan kerana disyaki terlibat dalam satu hantaran jelik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi media sosial pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, lelaki berusia 43 tahun itu ditahan jam 9.30 malam di Melaka, pada Selasa.
"Majistret Sepang membenarkan permohonan reman dua hari bermula hari ini hingga Khamis untuk siasatan lanjut siasatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Pada Selasa, polis menafikan anggotanya terlibat dalam satu hantaran jelik terhadap Perdana Menteri, menerusi media sosial.
Wan Kamarul Azran dilaporkan berkata, semakan dijalankan berdasarkan satu tangkap layar memaparkan komen yang dilontarkan seorang individu mendakwa merupakan anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.
Semakan dijalankan pihak Bukit Aman menerusi telefon bimbit yang digunakan mengesahkan individu terbabit bukan warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pada Isnin, tular satu hantaran di media sosial berkaitan tangkap layar di salah satu platform memaparkan seorang individu mendakwa sebagai seorang anggota polis. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#komen jelik
#Perdana Menteri
#PDRM
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan